• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Peminat gaming boleh mendapatkan Black Shark di Malaysia minggu ini

  • OLEH Najib
  • 9:44 am
  • 24/04/2018
  • Komen
Set rasmi Black Shark akan tiba di Malaysia bulan ini
Share on FacebookShare on Twitter

Heboh seminggu dua yang lepas apabila telefon pintar Black Shark dilancarkan. Ia adalah satu lagi syarikat yang didana oleh Xiaomi, dan produknya telah disenaraikan dalam penjualan di laman web Xiaomi.

Apa yang menarik tentang Black Shark adalah ia merupakan sebuah telefon pintar yang mensasarkan kepada permainan video mudah alih, atau mobile gaming. Sudah pasti ia dilengkapi perkakas berkuasa tinggi, tetapi perkara yang membuatkan ramai sangat meminatinya adalah harganya yang lebih rendah berbanding telefon pintar lain, terutama saingan utamanya yang disebut ramai, Razer Phone.



Ciri-ciri yang terdapat pada Black Shark yang menjadikannya sangat berguna sebagai telefon pintar gaming adalah seperti:

  • Cip Snapdragon 845 berkuasa tinggi
  • Storan sehingga 128GB untuk menyimpan permainan
  • Speaker stereo untuk pengalaman audio terbaik
  • Sistem penyejukan cecair, 20 kali optimum berbanding biasa
  • Cip pemproses imej khas bagi penghasilan imej berkualiti tinggi
  • Mikrofon khas menghadap ke depan untuk memudahkan komunikasi
  • Reka bentuk antena komunikasi berbentuk X suapaya isyarat tak terhalang semasa bermain
  • Bateri besar 4,000mAh dengan teknologi pengecasan pantas QC3.0.
  • Skrin 5.99″ HD Penuh 18:9 berkecerahan 550 nits
  • Kamera belakang 20+12MP dan kamera hadapan 20MP

Berita lebih baik pada hari ini pula adalah berkenaan ketibaannya di Malaysia. ia bukanlah ketibaan rasmi, sebaliknya beberapa pengedar telefon pintar di Malaysia telah pun membuka tempahan untuk set import atau AP Set.



Syarikat pertama yang dilihat menawarkannya di Malaysia ialah Mobile 2 Go. Tempahan awal dikatakan akan tiba pada hari Khamis ini, 26 April 2018. Malah, ia akan datang dengan Black Shark Gaming Analog Controller secara percuma.

?? Wowww! Calling for all Mobile GAMERS! ??
The Xiaomi Black Shark available very soooon!

Gaming Phone with Special…

Posted by Mobile 2 Go on Sunday, 22 April 2018

Mobile 2 Go menawarkan versi 6GB RAM + 64GB storan pada harga RM2,599. Manakala versi 8GB RAM + 128GB storan pula berharga RM2,999. Maklumat lanjut tentang tempahan boleh dirujuk di Facebook Mobile 2 Go.

Tidak lama selepas itu, pengedar terkemuka peranti di Lembah Klang, DirectD turut mengumumkan tempahan untuk telefon Black Shark. Ia turut datang dengan Black Shark Gaming Analog Controller secara percuma, tetapi dalam unit terhad.

Xiaomi Black Shark available in less than 48 hours in 2 variants?

6GB RAM + 64GB ROM – RM2499
8GB RAM + 128GB ROM -…

Posted by DirectD on Monday, 23 April 2018

Tempahan akan bersedia pada hari Rabu, 25 April 2018. Harganya pula ditetapkan pada RM2,499 untuk versi 6GB RAM + 64GB storan dan RM2,899 untuk versi 8GB RAM + 128GB storan. Tempahan boleh dibuat di laman web DirectD atau ke mana-mana stor fizikal DirectD.

Tags: black sharkBlack Shark MalaysiadirectdMobile 2 Goxiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Set rasmi Black Shark akan tiba di Malaysia bulan ini

Peminat gaming boleh mendapatkan Black Shark di Malaysia minggu ini

24 April 2018
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN