Kelas pertengahan dan permulaan memang dibanjiri bermacam-macam model telefon. Keadaan ini pastinya memeningkat kepala pengguna termasuklah kami jika ingin membeli mahupun menyarankan sebuah telefon daripada kelas ini kepada orang lain. Oleh sebab itu, kami hadir dengan artikel ini yang bertujuan untuk memandu dan memudahkan pertimbangan anda agar keputusan yang diambil adalah yang bermaklumat.
Dalam artikel ini, kami menyenaraikan 12 buah telefon yang kami rasakan berbaloi untuk ditimbang-tara sekiranya anda berkira-kira untuk membeli sebuah telefon bajet. Di akhir artikel ini, kami melakukan sedikit perbincangan sebelum menyarankan telefon mana yang sesuai buat anda.
Ahli-ahli dalam senarai ini
1. Meizu M6S
Telefon ini baru saja memasuki Malaysia pada 12 April 2018. Uniknya telefon ini adalah ia memiliki pengimbas cap jari yang terletak pada bahagian sisi yang turut menjadi butang kuasa padanya. Keunikan telefon daripada Meizu adalah ada dalam kalangannya yang menggunakan cip Exynos, sesuatu yang amat jarang berlaku dalam telfeon selain Samsung.
2. HTC Desire 12
Jarang-jarang HTC ada telefon bawah RM1,000. Tapi kali ini mereka menghantar HTC 12 dan 12+ untuk menjadi wakil mereka dalam segmen bajet. Tapi, binaannya tetap premium berbanding yang lain dengan penggunaan kaca sebagai bahan binaan. Varian Desire 12+ pula memiliki kamera berkembar dan turut ada dalam senarai ini.
3. Honor 9 Lite
honor memang terkenal dengan keupayaan menghasilkan telefon yang bermutu tinggi daripada segi binaan. Ia sering menggunakan materi kaca sebagai badan bagi memberikan kesan pantulan unik apabila disinari cahaya.
4. Redmi 5 Plus
Redmi 5 adalah telefon pertama Xiaomi yang menggunakan paparan memanjang jika tidak mengira telefon konsep Mi MIX. Ia dilihat sebagai pesaing kepada siri Redmi Note kerana skrin dan baterinya kini agak besar, hampir menyamai yang ada pada siri Redmi Note.
5. ASUS ZenFone Max Plus (M1)
ZenFone Max adalah siri telefon yang memiliki bateri berkapasiti besar untuk memaksimumkan waktu penggunaan. Seperti Redmi 5, ZenFone Max Plus (M1) adalah yang pertama daripada Asus yang ada skring memanjang. Kelebihan telefon ini selain baterinya yang besar adalah ia ada slod SD khas disamping 2 slot kad SIM. Kekurangannya pula adalah ia menggunakan CPU MediaTek.
6. Huawei Nova 2 Lite
Ini adalah versi Lite kepada Selfie Superstar mereka. Nova 2 Lite masih mengekalkan dwikamera belakang seperti sebuah Nova 2i tetapi kamera swafotonya ada cuma sebuah. Ia dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 23 Mac 2018.
[nextpage title=”Ahli ke-7 hingga ke-12″]
7. Xiaomi Mi A1
Ini pernah menjadi penanda aras untuk telefon kelas pertengahan yang baik. Bukan saja harganya yang kompetetif, spesifikasi yang ditawarkan pula mantap ditambah pula dengan sistem operasi Android asli, ia pastinya sukar ditandingi dalam gelanggang yang disertainya.
8. Redmi Note 5
“Permata memotong permata”. Hanya Xiaomi sahaja yang boleh kalahkan Xiaomi. Redmi Note 5 dilihat sebagai pencabar Mi A1 tetapi akibat menjalankan sistem operasi MIUI, mungkin ada segelintir pengguna yang berfikir dua kali untuk menggunakannya. Selain sistem operasi, harga dan spesifikasi yang ditawarknya adalah amat baik.
9. Honor 7X
Jika Xiaomi tidak menarik perhatian anda. honor ada menyediakan telefon pada harga kompetitif tanpa mengorbankan spesifikasi. Telefon ini ada spesifikasi yang hampir sama seperti sebuah Nova 2i tapi tidak hadir dengan kuadkamera sebaliknya dwikamera belakang dan ekakamera depan. Ia dilancarkan di Malaysioa pada 12 Disember 2017.
10. HTC Desire 12+
Saudara besar kepada Desire 12. Ia hadir dengan cip pemroses yang lebih baik dan diberikan dwikamera belakang.
11. Wiko View
Ini adalah satu-satunya telefon berjenama luar dari Asia. Wakil Perancis ini antara yang terawal hadir dengan paparan 18:9 untuk kategori bajet sebelum dibanjiri pesaing dari China.
12. Xiaomi Redmi 5 Plus
Redmi 5 Plus ini sama spesifikasinya dengan yang ada di kedudukan 4, bezanya adalah ia ada RAM 4GB dan storan 64GB.
[nextpage title=”Perbincangan & Pilihan Editor”]
Perbincangan
Anda membandingkan spesifikasi kesemua dua belas telefon yang kami perkenalkan dalam halaman sebelum ini dalam jadual dibawah.
Sebelum melanjutkan perbincangan, mari kita lihat secara ringkas telefon-telefon yang terlibat. Pecahan jenama telefon adalah seperti berikut:
- Xiaomi (4)
- Honor (2)
- HTC (2)
- Huawei (1)
- Asus (1)
- Meizu (1)
- Wiko (1)
Ia jelas menunjukkan Xiaomi selesa berada dalam kategori bajet dan ia amat sukar untuk ditandingi jenama-jenama lain pada segi nilai yang ditawarkan.
Kesemua telefon memiliki paparan sekurang-kurangnya 5.5″ dengan HTC 12+ memiliki paparan terbesar. Namun begitu, daripada sudut resolusi pula, ia hanya diberikan panel HD 720p bernisbah 18:9.
Jika anda mencari telefon dengan paparan Full HD terbesar, anda boleh melihat pada Redmi 5 Plus ataupun Xiaomi Mi A1 untuk Full HD yang terkecil tapi anda hanya menerima telefon bernisbah paparan 16:9, satu-satunya yang menggunakan paparan sedemikian dalam senarai ini.
Anda mungkin tidak menghadapi masalah dengan storan jika menggunakan mana-mana daripada telefon ini untuk kegunaan kasual seharian. Hal ini kerana mereka sekurang-kurangnya mempunyai 32GB storan dalaman dan semuanya boleh diperluas melalui slot kad mikro-SD.
Tapi, jika anda memerlukan tiga slot untuk menempatkan 2 SIM dan 1 kad SD, hanya:
- HTC Desire 12
- ASUS ZenFone Max Plus M1
- Huawei Nova 2 Lite
sesuai untuk tujuan itu.
Dalam kelas bajet, cip pemproses (CPU) dan amaun RAM yang hadir amatlah memainkan peranan untuk memberikan pengalaman mengguna yang lancar. Pada senarai ini, Snapdragon 636 adalah yang terbaru berbanding yang digunakan telefon lain. Ia adalah versi yang ditambah baik daripada Snapdragon 630 dan semestinya lebih cekap tenaga berbanding Snapdragon 625.
7 daripada 12 telefon menggunakan CPU Snapdragon manakala baki yang lain menggunakan sama ada Exynos, Kirin, dan MediaTek.
Beralih pada jabatan kamera, hanya 5 daripada 12 telefon hadir dengan ekakamera belakang manakala yang lain memiliki dua kamera belakang. Daripada segi resolusi, honor 7X memiliki kamera paling besar resolusinya iaitu 16MP yang bergandignan bersama kamera 2MP untuk mengukur kedalaman medan.
Untuk konfigurasi ekakamera belakang, Maizu M6s ada kamera beresolusi sama.
Jika anda gemar berswafoto, ASUS ZenFone Max Plus M1 memiliki kamera depan 16MP, sama seperti yang dimiliki wiko View. Hanya honor 9 Lite hadir menggayakan dwikamera depan dalam senarai ini.
Menyahkunci telefon menggunakan pengimbas cap jari amat memudahkan. Tapi, jika anda membeli HTC Desire 12, ia tidak didatangkan dengan pengimbas cap jari. Maka, anda perlu menggunakan pattern ataupun kod laluan untuk tujuan itu.
Selain CPU dan RAM, kapasiti bateri juga memainkan peranan yang besar dalam pertimbangan pengguna semasa membeli telefon. 4 daripada 12 telefon memiliki bateri sekurang-kurangnya 4,000mAh.
Dalam dunia telefon pintar, kapasiti sebegini dianggap besar. Tetapi hanya Redmi Note 5 diberikan teknologi pengecasan pantas.
Wiko View, dan kedua-dua telefon Desire mempunyai kapasiti bateri kurang daripada 3,000mAh yang mencadangkan waktu penggunaan yang terhad berbanding telefon lain.
Pilihan Editor
RM699 dan RM899 terdapat jurang RM200 diantaranya. Untuk perbezaan RM200, kesemua 12 telefon dalam senarai ini mempunyai spesifikasi yang amat berbeza. Amat sukar untuk memilih satu telefon yang cemerlang dalam semua kategori.
Jadi kami memecahkan telefon pilihan kami dalam tiga kategori yang dihuraikan dalam tiga senario.
Senario 1 – Kaki Medsos
Anda adalah seorang bintang media sosial (medsos) Instagram, Facebook Stories, dan Snapchat yang banyak mengambil gambar. Untuk tujuan ini, anda pasti tak menyesal dengan Redmi Note 5 kerana spesifikasi kamera yang cemerlang.
Paling unik adalah ia memiliki pembidik autofokus dual piksel yang pertama kali ditemui pada Galaxy S7. Maka, anda boleh menjangkakan pengalaman kamera yang mantap daripada telefon ini.
Honor 9 Lite dan honor 7X boleh juga dipertimbangkan kerana APP kamera honor labih maju dan mesra pengguna berbanding yang disediakan Xiaomi.
Senario 2 – Bateri tahan lama
Anda menggunakan kamera bila betul-betul perlu, sebaliknya lebih memerlukan sebuah telefon dengan hayat penggunaan yang panjang. Contohnya anda seorang pemandu Grab yang banyak menggunakan APP navigasi.
Golongan yang memerlukan telefon sebegini turut hadir ibu-bapa yang biasanya memberikan anak-anak mereka menonton kandungan multimedia di telefon semasa melakukan kerja rumah.
Untuk tujuan ini, anda boleh melihat pada Xiaomi Redmi 5 Plus ataupun Xiaomi Note 5.
Bukan sahaja ia memiliki bateri yang besar, paparan HD Penuhnya boleh menyumbang pada pengalaman bermultimedia yang lebih baik.
Senario 3 – Bajet amat terhad
Anda seoang bakhil ataupun memiliki bajet yang amat terhad dan tak kisah apa telefon pun asalkan ia berfungsi dengan baik.
Jika anda rasakan anda berada dalam senario ini, ASUS ZenFone Max Plus M1 amat sesuai untuk anda.
Hal ini kerana, untuk RM799 anda menerima sebuah telefon berkapasiti bateri besar, beserta kamera 16MP iaitu antara yang memiliki resolusi terbesar dalam senarai ini.
Lebih menarik, anda boleh menggunakan slot kad SD khas tanpa perlu mengorbankan slot SIM sekunder.