5 Saluran Untuk Mengetahui Keputusan Pilihan Raya Ke-14

Debaran semakin dirasai untuk melihat siapakah yang akan diberikan amanah oleh rakyat untuk memimpin hala tuju Malaysia untuk 5 tahun yang akan datang. Dalam Pilihan Raya ke-14 ini, pemerhati politik sebahagian besarnya bersetuju yang ia adalah tsunami orang muda kerana sebahagian besar pengundi kali ini terdiri daripada orang muda serta yang pertama kali mengundi.

Sedang undian dikira, sudah pasti anda ingin mengetahui keputusannya bukan? Di sini kami senaraikan lima laman web yang memberikan maklumat berkaita kiraan undi Pilihan Raya ke-14.

Saluran Rasmi

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

Ini adalah laman web rasmi pihak yang mengendalikan urusan pilihan raya di negara kita. Mereka sudahpun melancarkan mikrosite yang dikhaskan untuk memaparkan maklumat daripada calon hinggalah ke keputusan kiraan undi.

Terus ke http://pru14.spr.gov.my/ untuk maklumat lanjut

Saluran Tak Rasmi

Terdapat empat saluran tak rasmi yang kami temui dan mungkin boleh digunakan untuk mendapatkan pemerhatian awal proses pengiraan undi. Perlu diingatkan bahawa saluran ini memberikan kiraan tak rasmi dan pastinya kerap kali dikemaskini.

Myundi

Myundi adalah laman web yang dibangunakan oleh Media Prima Sdn. Bhd. Ia memiliki susun atur yang amat menarik dan berwarna warni. Data dibentangkan dalam keadaan yang teratur dan mudah difahami.

Terus ke https://www.myundi.com.my/ untuk maklumat lanjut

Astro AWANI

Astro AWANI tiada laman khas untuk memaparkan keputusan pilihan raya. Sebaliknya mereka membentangkan dalam bentuk laporan berita yang dikemas kini lebih kerap daripada biasa. Laporan ini pernuh dengan teks dan mungkin tidak menarik minat pembaca. Namun, oleh sebab ia hanya terdiri daripada teks, sudah tentu ia menjimatkan data.

Terus ke  http://www.astroawani.com/berita-malaysia/keputusan-tidak-rasmi-pru14-174993 untuk maklumat lanjut

BACA  Realme 2 Pro Tak Perlu Korbankan Spesifikasi Untuk Jadi Mampu Milik

Undi.info

Undi.info adalah laman web yang dibangunkan oleh pihak Malaysia Kini. Menariknya tentang laman web ini adalah ia turut mengepilkan keputusan Pilihan Raya Umum yang lepas. Rekaannya amat ringkas dan ringan yang bermakna ia mesra kuota Internet.

Terus ke https://undi.info/ untuk maklumat lanjut.

[Kemas kini] Beberapa penyedia Internet dilihat telah menghalang akses terhadap laman web ini, tapi anda boleh mengaksesnya melalui pautan ini https://s3-ap-southeast-1.amazonaws.com/live.undi.info/index.html

GE14MAP

GE14MAP memaparkan peta kerusi Parlimen Malaysia dalam bentuk interaktif. Lamannya responsif dan boleh dibuka menggunakan pelayar Internet di telefon. Walau bagaimanapun, maklumat yang dimasukkannya agak terhad kerana hanya keputusan kerusi Parlimen dilaporkan.

Terus ke https://ge14map.com/ untuk maklumat lanjut.