Memang tidak dapat disangkal, Redmi Note 5 adalah antara pilihan terbaik untuk telefon pintar di bawah RM1,000. Ia juga adalah satu-satunya dari siri Redmi dengan dwi-kamera belakang.
Tetapi Xiaomi baru sahaja melancarkan satu lagi telefon Redmi dengan dua lensa belakang, pada harga yang lebih murah. Redmi S2 baru dilancarkan di China, memiliki dwi-kamera belakang dengan harga serendah RMB999 (~RM622).
Reka bentuk Redmi S2 tidak jauh berbeza dengan Mi 6X. Ini kerana ia memiliki dwi-kamera belakang yang disusun menegak bersama badan besi sepenuhnya.
Perkakas di dalam pula hampir menyerupai Redmi 5 Plus iaitu pemproses Snapdragon 625, pilihan 3GB ram dan 32GB storan atau 4GB RAM dan 64GHB storan. Skrinnya pula berukuran 5.99-inci 18:9 dengan resolusi HD+ 1440×720 sahaja.
Untuk kamera, ia dipasang lensa 16MP di depan, yang turut memiliki saiz piksel 2-mikron untuk gambar lebih cerah. LED Flash turut terdapat di kamera depan. Di belakang pula, ia menggabungkan dua lensa iaitu 12MP F2.2 dan lensa 5MP untuk efek bokeh.
Bateri berkapasiti 3,080mAh dipasang di dalam Redmi S2 yang dicas melalui port mikroUSB. Tambah menarik, ia memiliki 3 slot kad, iaitu 2 slot kad sim nano dan 1 slot kad sim mikroSD.
Terdapat tiga warna Redmi S2 diumumkan semasa pelancaran iaitu Emas Ros, Emas dan Perak. Dua versi ditawarkan iaitu 3GB RAM + 32GB storan berharga RMB999 (~RM622) serta 4GB RAM + 64GB storan berharga RMB1,299 (~RM808).
Buat rujukan, Redmi 5 Plus 3GB RAM + 32GB storan turut dijual pada harga RMB999. Ia memiliki skrin FHD+ dengan bater lebih besar 4,000mAh. Tetapi Redmi 5 Plus hanya memiliki satu kamera belakang 12MP F2.2 bersama kamera hadapan 5MP.
Jika anda berminat, Redmi S2 yang baru dilancarkan di China ini telah berada di Malaysia. Ia boleh didapati di Mobile 2 Go, dengan harga RM698 untuk versi 3GB RAM + 32GB storan.
Ready Stocks! Xiaomi Redmi S2 @ RM698!
[3GB RAM + 32GB ROM | Dual 12MP + 5MP Rear Camera]1 Year Warranty By Mobile 2…
Posted by Mobile 2 Go on Friday, 11 May 2018