Telefon flagship OPPO siri-R akan kembali ke Malaysia

Kali terakhir siri-R bagi telefon pintar OPPO dilancar di Malaysia adalah OPPO R9s, lebih 1 tahun dahulu pada bulan Januari 2017. Selepas itu, rakyat Malaysia disajikan dengan OPPO siri-F sahaja.

Tidak lama lagi, OPPO siri-R akan kembali. OPPO Malaysia telah berkongsi tentang ketibaannya dengan poster ‘R’ You Ready?.

Posted by OPPO on Sunday, 13 May 2018

OPPO siri-R yang baru ini menampilkan kerjasama dengan pereka fesyen terkemuka, Karim Rashid untuk menghasilkan warna badan telefon yang luar biasa. Sudah pasti, ini merujuk kepada OPPO R15 Pro atau dikenali juga sebagai OPPO R15 Dream Mirror Edition.

OPPO R15 dan OPPO R15 Pro telah dilancarkan di China pada bulan Mac lepas. Tetapi kita akan memperkatakan tentang OPPO R15 Pro sahaja, kerana ia adalah versi global yang dijangka akan tiba di Malaysia kelak.

OPPO R15 Pro memiliki skrin OLED berukuran 6.28-inci, bernisbah 19:9 serta takuk di dahi seperti iPhone X. Di belakangnya, ia menggunakan kemasan kaca dengan warna gradient seperti Starry Purple, seperti gambar di atas.

Kuasa dalaman OPPO R15 Pro menggunakan cip Snapdragon 660, 6GB RAM serta 128GB storan dalaman. Ia memiliki slot kad sim hibrid, pilihan menggunakan antara 2kad sim nano atau 1 kad sim bersama kad mikroSD.

Kamera belakang OPPO R15 Pro memiliki dua lensa, menggunapakai sensor Sony IMX519 1.22-mikron yang menggabungkan sensor 16MP F1.7 dan 20MP F1.7. Ia tidak memiliki penstabil imej optikal tetapi dilengkapi penstabil imej elektronik. Bagi kamera hadapan pula, ia menggunakan sensor 20MP F2.0 dengan kepintaran artifisial (AI).

OPPO R15 Pro menjalankan sistem operasi Android 8.1 Oreo bersama ColosOS 5.0. Baterinya sebesar 3,400mAh dan boleh dicas pantas menggunakan teknologi VOOC tapi sayang, ia masih menggunakan port mikroUSB.

BACA  Banyak inovasi baru di pelancaran siri Huawei Mate 20

Di China, OPPO R15 telah dijual pada harga RMB3,299 (~RM2,053). Mungkin ia dijual di Malaysia dari serendah RM2,199 kelak. Kita tunggu pula bila tarikh ia akan dilancarkan.