• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Nikmati Siaran HD MYTV Percuma Di Ruang Tamu Anda Dengan Tutorial Ini

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:50 am
  • 04/06/2018
  • Komen
Nikmati Siaran HD MYTV Percuma Di Ruang Tamu Anda Dengan Tutorial Ini
Share on FacebookShare on Twitter

Selaras dengan inisiatif kerajaan negara kita untuk menaik taraf sistem penyairan TV terestial di Malaysia, MYTV diperkenalkan untuk memacu penghijrahan daripada penyiaran analog kepada digital.

Antara kelebihan penggunaan teknologi penyiaran digital berbanding analog adalah seperti:



  1. kualiti gambar sehingga HD Penuh
  2. kandungan audio boleh disampaikan dalam pelbagai bahasa
  3. keupayaan untuk mengepilkan sari kata bersama-sama malkumat kandungan
  4. maklumat sari rancangan seharian boleh dihantar terus ke kaca TV

Antara langkah terawal dalam inisiatif ini adalah penghantaran set dekoder MYTV secara rambang kepada penerima BRIM. Tidak seperti siaran analaog yang hanya memerlukan antena ditambat terus ke TV, siaran digital memerlukan kelengkapan tambahan iaitu dekoder.

Dekoder ini diperlukan untuk menangkap isyarat digital sebelum diterjemah menjadi gambar dan suara.



Saya memilki satu set dekoder MYTV dan dalam artikel ini, saya akan ajar bagaimana untuk memasangnya.

Kandungan Artikel Ini:

  • Kelengkapan Yang Diperlukan
  • Cari Jarak Pemancar Dengan Anda
  • Sambung Antena Kepada Dekoder
  • Lakukan Pengoptimuman

Apa Yang Anda Perlukan?

Sebelum menonton siaran digital, beberapa kelengkapan perlu anda sediakan. Antaranya adalah:

  • Dekoder MYTV. Ada TV yang lebih moden telah sedia memiliki dekoder terbina dalam set TV. Anda hanya perlu mencari jika ia menyokong fungsi DVB-T2 semasa membeli TV. Jika tidak, anda boleh membeli sebuah dekoder DVB-T2 secara dalam talian pada harga yang murah.

Contoh dekoder MYTV

  • Antena. Antena ada beberapa jenis dan bergantung pada jarak kediaman daripada pusat pemancar, anda mungkin boleh menggunakan antena dalam rumah ataupun terpaksa memacaknya di atas bumbung.

Antena 5 elemen dibeli di Lazada

  • Kabel RG6. Kabel ini sering digunakan untuk menyambungkan piring satelit ASTRO ke dekoder. Kabel yang sama digunakan untuk siaran digital dan panjang yang diperlukan bergantung pada jarak dekoder dengan antena. Jika antena berada di atas bumbung, anda memerlukan kabel RG6 yang lebih panjang.

Anda boleh tanyakan “kabel Astro” pada taukeh kedai

  • 2 penyambung RG6 jenis F dan 1 penyambung RF Coaxial. Kedai hardware yang menjual RG6 biasanya ada menjual penyambung ini. Ia diperlukan untuk menambat antena pada dekoder.

Penyambung F RG6

Penyambung RF Coaxial

  • Kabel HDMI atau RCA Composit. Jika anda memiliki TV ber-HDMI, anda boleh manfaatkan siaran digital HD jika menggunakan kabel HDMI.

Kabel HDMI

Kabel RCA Composite

[nextpage title=”Cari Jarak Antara Rumah Dengan Pemancar”]

Langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah mencari bearing stesen pemancar TV digital terhampir dengan anda. Ia penting kerana antena perlu dihalakan kepadanya jika ingin memungut siaran.

Untuk tujuan itu, anda boleh melayari http://mytvbroadcasting.my/peta2.html kerana di sana ada peta yang ditandakan dengan semua stesen pemancar TV digital di seluruh negara.

Kemudian, anda boleh melayari Google Maps untuk mencari sesaran terus daripada anda ke stesen pemancar.

Saya berada di Puncak Alam dan tiga stesen terhampir dengan saya adalah menara KL, Genting Highlands, dan Bukit Besi, Cheras.

Saya perlu lakukan talaan untuk ketiga-tiga stesen pemancar ini. Isyarat pemancar yang paling tinggilah tempat antena saya akan dihalakan.

Dalam kes saya, jarak antara kediaman dengan menara KL adalah sekitar 30km, jadi saya memilih antena 5 elemen.

3 Jenis Antena Yang Sesuai Untuk TV Digital

Selain jarak daripada stesen pemancar, jenis antena turut memainkan peranan. Terdapat rule-of-thumb perkaitan antara jenis antena dengan jarak pemancar:

  • Antena dalam rumah boleh digunakan jika jarak kediaman dengan pemancar kurang daripada 25km

Antena dalam rumah

  • Antena 5 elemen digunakan jika jarak kediaman dengan pemancar kurang daripada 80km

Antena mini 5 elemen

  • Antena “tulang ikan” digunakan untuk jarak melebihi 120km daripada pemancar.

Antena tulang ikan

Perli dingatkan bahawa ini sekadar rule-of-thumb kerana isyarat radio terkesan dengan bentuk muka bumi serta infrastruktur fizikal yang perlu ditempuhinya sebelum tiba ke antena anda.

[nextpage title=”Sambung Antena Kepada Dekoder”]

Antena 5 elemen ini saya beli di Lazada dan didatangkan dengan 5M kable RG6 percuma.

Sebelum melakukan apa-apa penggerudian pada dinding, saya menggunakan tripod kamera sebagai kaki sementara untuk mencari signal TV digital.

Setelah memasang antena pada kaki sementara, saya akan sediakan kabel RG6 untuk penyambungan. Saya akan jalurkan kable RG6 dan pasang penyambung F pada kedua-dua hujung kabel.

Kemudian, pada hujung yang satu lagi, saya sambungkan dengan penyambung RF Coaxial.

Apabila kabel tersedia, ia disambungkan pada antena dan juga dekoder.

Hidupkan Dekoder Dan Mula Cari Siaran

Setelah bahagian antena sedia, saya hubungkan dekoder kepada TV menggunakan kabel HDMI ataupun RCA Composit.

Setelah memeriksa penyambungan beberapa kali, saya terus menghidupkan dekoder, TV serta menukar input TV kepada HDMI.

Antara muka (UI) dekoder mungkin tidak sama antara model dengan model. Tapi fungsi asasnya tetap serupa, iaitu anda perlu mengarahkannya mencari siaran TV digital. Cumanya tempat setting itu ditempatkan mungkin berbeza.

Jika anda menggunakan dekoder rasmi MYTV, anda boleh terus melakukan Auto Scan sejurus menghidupkan dekoder.

Selesai Scan, saya beroleh 12 saluran TV dan 4 saluran radio. Jika anda menggunakan antena dalam rumah, langkah anda mungkin selesai di sini.

Jika tidak, anda boleh melakukan perubahan kecil untuk mengoptimumkan penerimaan.

[nextpage title=”Lakukan Pengoptimuman”]

Kaki antena sementara saya boleh diputar 360 darjah. Ia amat berguna untuk melakukan fine tuning seupaya dapat isyarat terkuat.

Saya melancarkan UI Diagnostik pada TV untuk melihat meter kekuatan dan kualiti isyarat yang sedang diterima antena.

Kemudian, saya pergi ke antena dan mula memusingkannya sehingga kekuatan isyarat mencapai tahap semaksimum mungkin.

Anda tak perlu khuatir untuk beroleh 100% kerana pada 32% kekuatan pun saya sudah boleh menikmati siaran HD tanpa lag.

Setelah semua dimuktamadkan, sayapun mula menggerudi dinding dan memasang antena pada kedudukan akhir.

Penutup

Penghijrahan daripada analog ke digital amatlah penting untuk memastikan penduduk Malaysia beroleh kandungan TV yang berkualiti tanpa perlu mengeluarkan belanja yang besar. Tidak seperti perkhidmatan berbayar, TV digital boleh digunakan untuk menyampaikan maklumat terbaru kepada penduduk Malaysia walau diceruk mana sekalipun kerana gelombang radio boleh menjangkau ratusan kilometer jauhnya daripada pemancar.

12 saluran TV dan 4 saluran radio yang boleh anda tonton dan dengar secara percuma adalah seperti:

  1. 8TV
  2. Ai FM
  3. Bernama News Channel
  4. CJ WOW SHOP
  5. Drama Sangat
  6. Minnal FM
  7. NAS FM
  8. NTV7
  9. Traxx FM
  10. TV Al-Hijrah
  11. TV Okey
  12. TV1
  13. TV2
  14. TV3
  15. TV3 HD
  16. TV9

Setakat ini, MYTV masih dalam fasa percubaan dan diharapkan lebih banyak saluran TV percuma dimasukkan sekali pada masa yang akan datang.

Tags: astromalaysiamytvRTMtv digitaltv percumatvb t2tvb tw
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Nikmati Siaran HD MYTV Percuma Di Ruang Tamu Anda Dengan Tutorial Ini

Nikmati Siaran HD MYTV Percuma Di Ruang Tamu Anda Dengan Tutorial Ini

4 June 2018
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER