• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

VAIO kembali sebagai laptop dan Malaysia termasuk pasaran terawal

  • OLEH Najib
  • 3:59 pm
  • 06/06/2018
  • Komen
VAIO kembali sebagai laptop dan Malaysia termasuk pasaran terawal
Share on FacebookShare on Twitter

Bertempat di pameran Computex 2018 di Taiwan, jenama laptop VAIO yang dihasilkan oleh Sony diumumkan akan dihidupkan kembali melalui kerjasama Nexstgo dan VAIO Corporation. Kerjasama ini merangkumi penghasilan, jualan, pemasaran serta servis laptop VAIO di Hong Kong, macau, Malaysia, Singapura dan Taiwan. Nextsgo juga adalah penghasil laptop jenama AVITA yang baru dilancar di Malaysia awal tahun ini.

Dalam majlis yang sama, Nexstgo melancarkan dua model laptop, VAIO S11 dan VAIO S13. Ia adalah laptop yang ultra ringan dan nipis, tetapi berkuasa tinggi dengan bateri yang tahan lama. Laptop ini juga direka tahan lasak dan dilengkapi papan kekunci kalis tumpahan air.



VAIO S11 dengan skrin FHD IPS 11.6-inci memiliki berat hanya 0.85kg manakala VAIO S13 berskrin FHD IPS 13.3-inci pula seberat 1.07kg. Dilengkapi bateri 4-sel terbina di dalam, VAIO S11 memiliki daya tahan bateri sehingga 11 jam, manakala VAIO S13 pula 8 jam.

Kedua-dua laptop ini memiliki rekaan unik di mana apabila skrin dibuka, ia akan mengangkat papan kekunci menjadi sedikit condong. Ini menjadikannya lebih mudah menaip. Pengimbas capjari terdapat di bawah papan kekunci untuk lebih pilihan keselamatan.



Dari segi teknikal, VAIO S11 dan S13 boleh dimuatkan dengan cip pemproses Intel Core i5 dan i7 generasi ke-8 bersama pemproses grafik Intel UHD Graphics 620. RAM dari jenis LPDDR3 bersaiz 4GB hingga 16GB. Storan dalaman pula menggunakan SSD PCIe dari 128GB hingga 512GB.

Untuk sambungan, ia memiliki port yang banyak seperti LAN, 3x USB 3.0, HDMI, VGA, headfon/mikrofon serta pembaca kad SD. Tetapi sayang ia tidak ada port USB-C yang semakin banyak digunakan kini.

Kedua-dua laptop baru VAIO ini akan mula dijual di Hong Kong dan Taiwan bermula Julai 2018, dan ke pasaran lain termasuk Malaysia sekitar bulan Ogos. Laptop VAIO S13 akan dijual dengan harga bermula dari RMB8688 (~RM5399) manakala VAIO S11 bermula dari RMB8988 (~RM5585).

VAIO S11 akan ditawarkan dalam lima warna iaitu hitam, coklat, merah jambu, perak dan putih. Manakala VAIO S13 hanya ada dua warna. hitam dan perak. Maklumat lanjut tentang laptop baru VAIO ini boleh dirujuk di laman web VAIO Malaysia.

Tags: NexstgoVAIOVAIO S11VAIO S13
Najib

Najib

POPULAR

VAIO kembali sebagai laptop dan Malaysia termasuk pasaran terawal

VAIO kembali sebagai laptop dan Malaysia termasuk pasaran terawal

6 June 2018
Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

25 May 2026
Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

26 May 2026
Honor Magic V6 Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan hadiah bernilai RM3,797

Honor Magic V6 Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan hadiah bernilai RM3,797

26 May 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN