Diskaun dan hadiah percuma di Super Honor Day hari ini

Hari ini, 8 Jun 2018 adalah Hari Super honor di mana mereka mula menjual dua telefon pintar baru, di samping diskaun dan hadiah percuma untuk telefon pintar dan aksesori honor yang lain. Ia adalah tawaran istimewa satu hari yang boleh didapati di laman HiHonor dan juga Stor Rasmi honor di Shopee.

Dua model telefon pintar baru yang diraikan hari ini ialah honor 7A dan honor 10 berwarna Phantom Green. honor 7A adalah telefon pintar kelas permulaan yang baru dari honor. harga jualannya ialah RM479 tetapi khas untuk Hari Super honor, ia dijual pada harga diskaun RM429 sahaja.

honor 10 pula bukanlah sesuatu yang baru. Ia dilancarkan bulan lepas dalam tiga warna iaitu Midnight Black, Glacier Grey dan Phantom Blue. Hari ini, warna Phantom Green boleh mula dibeli di Malaysia, pada harga hanya RM1,599 sahaja. Khas di Hari Super honor, ia didatangkan dengan hadiah percuma berupa fon kepala Bluetooth AM61 dan flip case.

Promosi lain yang terdapat hari ini adalah seperti hadiah percuma untuk pembelian honor View 10 di laman HiHonor, serta honor 9 Lite di laman HiHonor dan Shopee.

Manakala telefon pintar honor 7X serta aksesori seperti penimbang berat honor, fon kepala Blueotooth AM61 dan powerbank honor 10,000mAh menerima diskaun harga.

Dapatkan segera tawaran satu hari pelbagai produk honor hari ini, 8 Jun 2018 di laman web www.hihonor.com/my atau di Stor Rasmi honor di Shopee.