• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Baca 5 Tips Waze Ini Sebelum Mulakan Perjalanan Balik Kampung

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:20 am
  • 12/06/2018
  • Komen
Baca 5 Tips Waze Ini Sebelum Mulakan Perjalanan Balik Kampung
Share on FacebookShare on Twitter

Kesesakan jalan raya adalah pemandangan biasa bila tibanya hari perayaan. Dengan pertambahan kenderaan daripada tahun ke tahun, terperangkap dalam “jam” adalah sesuatu yang tak boleh dielakkan. Waze berkongsi 5 tips untuk meminimumkan masa anda berada atas jalan raya.

Tips 1: Elakkan berada di kawasan dengan aliran trafik tinggi pada waktu tertentu

Waze mengenal pasti beberapa titik panas di beberapa bahagian Malaysia yang mungkin mengalamai kesesakan terus antara 12 Jun Hingga 20 Jun.



Untuk 10 tempat-tempat berikut, anda boleh menjangkakan kesesakan pada waktu-waktu seperti yang tertera dalam gambar rajah.

Tips 2: Kongsi jangkaan waktu tiba dengan keluarga

Keluarga yang menanti pastinya tertunggu-tunggu ketibaan anda. Lebih menyenangkan jika kita menghantar Estimated Time of Arrival (ETA), satu fungsi yang sedia terbina dalam Waze.



Dengan berkongsi ETA, anda boleh fokus pada pemanduan dan tidak akan diganggu oleh panggilan telefon daripada orang luar bertanyakan tentang lokasi anda.

Tips 3: Elakkan ke pusat beli belah

Waze mendapati peningkatan 20% pertambahan carian untuk pusat beli-belah dan kedai pada musim Hari Raya.

Selain itu, beberapa lokasi lain turut mengalami peningkatan carian seperti

  • Restoren (10%)
  • Hotel (5%)
  • Stesen Minyak (5%)
  • Bank (4%)

Jadi, sepanjang musim Hari Raya, anda dinasihatkan untuk memilih tempat lepak lain untuk mengelakkan kesesakan.

Tips 4: Kongsi lokasi pertemuan untuk mudahkan semua peserta

Jika anda merancang untuk bertemu rakan konvoi di tempat tertentu, pastikan untuk berkongsi lokasinya kepada setiap daripada mereka.

Untuk melakukannya, anda cuma perlu mencari logo “3 titik” pada lokasi tempat tujuan anda dan cari “Send Location”

Tips 5: Aktifkan fungsi amaran kelajuan

Memandu laju memang menyeronokkan. Tapi anda perlu ketahui yang jalan raya memiliki had lajunya yang tersendiri dan berbeza-beza mengikut lokasi.

Aktifkan fungsi amaran kelajuan untuk memberi peringatan pada anda jika kereta sedang dipandu melebihi had kelajuan atau tidak.

 

Tags: gpsHari Rayahari raya aidilfitrinavigasinavigationraya 2018waze
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Baca 5 Tips Waze Ini Sebelum Mulakan Perjalanan Balik Kampung

Baca 5 Tips Waze Ini Sebelum Mulakan Perjalanan Balik Kampung

12 June 2018
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

6 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026
Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

7 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN