Mi A2 lebih ringan ditemui menyelinap masuk ke Malaysia

Kita masih menantikan pelancaran peranti kedua Android One dari Xiaomi iaitu Mi A2 di mana ia dijangka klon kepada Mi 6X. Khabar angin awal juga mengatakan Xiaomi akan melancarkan dua model Android One tahun ini, dan salah satu darinya mungkin telah menyelinap masuk ke Malaysia.

Sebuah telefon pintar Xiaomi dengan model M1805D1SG telah melepasi pengiktirafan SIRIM, Peranti yang sama juga telah dikesan di pengkalan data IMDA Singapura. Peranti ini telah dilabel sebagai Mi A2 Lite, membawa maksud ia memiliki spesifikasi yang lebih rendah dari Mi A2.

Menyemak dengan lebih lanjut tanah kelahirannya, model yang sama turut ditemui di pengkalan data TENAA China. Tetapi ia dikatakan adalah model terbaru Redmi 6 yang memiliki skrin 19:9 FHD+ 5.84-inci bersama takuk di dahi.

Berbanding penggunaan cip Snapdragon 660 di Mi 6X, peranti ini menggunakan cip yang lama, Snapdragon 625. Ia datang dengan beberapa jenis RAM dan storan dari serendah 2GB RAM + 16GB storan sehingga 4GB RAM + 64GB storan. Pendek kata, spesifikasi ini sama seperti Mi A1.

Bahagian kameranya menggunakan dwi-sensor di belakang, berkemungkinan sensor 12MP+5MP beserta sensor 5MP di kamera hadapan. Baterinya pula mungkin lebih besar dari biasa, dengan kapasiti 3,900mAh.

Tahun lepas, Mi A1 dilancarkan di Malaysia pada harga RM1,099 dengan spesifikasi 4GB RAM + 64GB storan. Jika benar ia versi lite, berkemungkinan harga Mi A2 Lite di Malaysia kelak di bawah RM1,000.

[Sumber: SoyaCincau]

BACA  Diskaun RM600 untuk Mi MIX 2 dan MIX 2S di Mi Store Switch Concept