• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy J4 peranti terbaru di pelan semua-dalam-satu Maxis NEXT

  • OLEH Najib
  • 5:33 pm
  • 18/06/2018
  • Komen
Galaxy J4 peranti terbaru di pelan semua-dalam-satu Maxis NEXT
Share on FacebookShare on Twitter

Maxis NeXT adalah sejenis pelan yang memudahkan pengguna kerana ia menyediakan peranti, pelan panggilan bersama data serta jaminan tambahan peranti. Sebelum ini Maxis menawarkan peranti khas dengan label Maxis, kini mereka menambah satu lagi peranti baru, Samsung Galaxy J4.

Samsung Galaxy J4 kini ditawarkan bersama kontrak selama 24 bulan, dengan bayaran hanya RM68 sebulan. Bersama pelan Maxis NeXT, ia menawarkan jaminan peranti selama 24 bulan, penggantian 1-ke-1, serta jaminan perlindungan skrin selama 6 bulan.



Pelan Maxis NeXT pada asalnya memerlukan komitmen pengguna sebanyak RM78 sebulan, tetapi kini ditawarkan dengan rebat RM10 bersama Galaxy J4, menjadikannya hanya RM68 sebulan selama 24 bulan. Ia memberikan data bulanan sebanyak 5GB bersama 50 minit panggilan ke semua talian. SMS pula dicaj 10 sen setiap satu.

Jika perlukan lebih banyak data, ia boleh ditambah pada kadar RM12 untuk 3GB data selama 3 hari, RM8 untuk 1GB data sehari atau RM5 bagi 500MB data sehari.



Samsung baru sahaja melancarkan Galaxy J4 bulan lepas dengan harga RM599. Ia adalah peranti kelas permulaan dengan skrin Super AMOLED berukuran 5.5-inci bersama resolusi HD. Ia dikuasakan cip Exynos 4-teras 1.4GHz bersama 2GB RAM dan 16GB storan.

Kamera belakang Galaxy J4 menggunakan sensor 13MP F1.9 manakala kamera hadapan pula 5MP F2.2. Baterinya sebesar 3,000mAh dan dicas melalui port mikroUSB. Sistem operasinya pula menggunakan Android 8.0 Oreo.

Untuk maklumat lanjut tentang tawaran ini, layari laman web Maxis NeXT Samsung Galaxy J4.

[Sumber: SoyaCincau]

Tags: maxismaxis nextsamsungSamsung Galaxy J4
Najib

Najib

POPULAR

Galaxy J4 peranti terbaru di pelan semua-dalam-satu Maxis NEXT

Galaxy J4 peranti terbaru di pelan semua-dalam-satu Maxis NEXT

18 June 2018
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN