Pendebat Dari IBM Ini Boleh Kalah Sesiapa Sahaja

Debat adalah satu medium yang digunakan sejak tamadun Yunani lagi untuk mengetengah dan membincangkan gagasan. Tapi, pernahkah anda terfikir yang selain manusia boleh berdebat? IBM dalam penyelidikan terbaru mereka, Project Debater superkomputer dan kecerdasan buatan (AI) untuk berhujah dengan manusia dan hasilnya agak menggerunkan.

Project Debater mampu, dalam masa sesaat, menarik lebih 300 juta maklumat dalam bentuk penerbitan artikel, hasil kajian akademik, dan berita daripada Internet untuk membangunkan hujah kukuh bagi mendepani pencabar manusianya.

Bukan sahaja ia mampu membuat literature review secara masa nyata, ia turut memberi maklum balas terhadap hujah yang dilontar kepadanya, menggunakan bahasa pertuturan yang lengkap dan koheren!

IBM membayangkan beberapa senario kegunaannya pada masa akan datang. Pihak seperti ahli politik ataupun ahli perniagaan boleh menimbang tara idea-idea mereka dan beroleh cerapan lebih mendalam daripada segi kebaikan dan keburukan setiap daripada idea itu.

Oleh sebab analisis dibuat sepenuhnya oleh komputer, masalah bias ataupun diskriminasi boleh dielakkan.

IBM memaklumkan yang mereka belum terfikir untuk mengkomersialkan Project Debater.

[Sumber: IBMYahoo, gambar pemuka]

BACA  Wiko Sunny 3 Plus sangat murah dengan kuasa Android Go