• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

U Mobile lancar ‘pelan Giler tanpa had’ dari RM30 sebulan

  • OLEH Najib
  • 11:48 am
  • 26/06/2018
  • Komen
U Mobile lancar ‘pelan Giler tanpa had’ dari RM30 sebulan
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas lama menyepi, U Mobile hari ini kembali menggegarkan ruang udara telekomunikasi di Malaysia dengan melancarkan pelan Giler tanpa had yang baru. Ia memberikan data tanpa had untuk semua aplikasi pada harga yang sangat rendah.

Dengan pelan baru U Mobile ini, pelanggan tidak perlu risaukan lagi kuota data untuk menstrim lagu, video, bersosial serta meluncuri laman web sepanjang masa.



Terdapat dua pelan yang diperkenalkan hari ini, prabayar GX30 dan pascabayar GX50. Prabayar GX30 datang dengan data tanpa had untuk semua aplikasi pada kadar RM30/bulan bersama 3GB data hotspot.

Manakala pascabayar GX50 memiliki data tanpa had serta panggilan tanpa had ke semua rangkaian, hanya RM50/bulan. Ia juga disertakan data hotspot sebanyak 5GB.



Tetapi kuota data tanpa had ini memiliki sekatan kelajuan. Bagi prabayar GX30, kelajuannya disekat pada 3Mbps. Untuk pascabayar GX50 pula, kelajuannya terhad kepada 5Mbps.

Inilah yang dikatakan, untuk mendapatkan sesuatu, anda perlu mengorbankan sesuatu. Nak data tanpa had murah, kenalah sekat kelajuannya. Apa macam, berminat?

Untuk maklumat lanjut, layari laman U Mobile Giler Unlimited

Tags: GX30GX50Pascabayar GX50Postpaid GX50Prabayar GX30Prepaid GX30u mobileU Mobile GX30U Mobile GX50
Najib

Najib

POPULAR

U Mobile lancar ‘pelan Giler tanpa had’ dari RM30 sebulan

U Mobile lancar ‘pelan Giler tanpa had’ dari RM30 sebulan

26 June 2018
MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

23 November 2026
Honor Pad X9b Max: Tablet 13″ diiktiraf IMAX Enhanced, bateri 10,100mAh pada RM1,499

Honor Pad X9b Max: Tablet 13″ diiktiraf IMAX Enhanced, bateri 10,100mAh pada RM1,499

25 November 2026
Xiaomi lancarkan tiga peranti boleh pakai baharu di Malaysia, harga dari RM199

Xiaomi lancarkan tiga peranti boleh pakai baharu di Malaysia, harga dari RM199

27 November 2026
Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

22 November 2026
CIMB Islamic perkenal Zakat365 Lite dan Faraid360 untuk urusan zakat dan harta pusaka

CIMB Islamic perkenal Zakat365 Lite dan Faraid360 untuk urusan zakat dan harta pusaka

25 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN