Pilih diskaun RM100 atau storan berganda dalam promosi Galaxy A6 | A6+

Samsung Malaysia hari ini mengumumkan dua promosi khas buat telefon pintar Samsung Galaxy A6 & A6+ yang baru. Promosi ini akan berjalan dari 6 Julai hingga 5 Ogos 2018 sahaja.

Promosi pertama adalah storan berganda. Kedua-dua telefon pintar Galaxy A6 & A6+ memiliki storan dalaman 32GB. Samsung Malaysia akan menggandakan storan ini dengan memberikan kad mikroSD 32GB secara percuma. Bermakna, jumlah storan menjadi 64GB.

Promosi kedua pula adalah tukar tebus telefon lama kepada diskaun RM100. Bawa apa sahaja telefon lama anda yang masih boleh dihidupkan, dan beli Galaxy A6 atau A6+ pada harga RM100 lebih murah.

Menurut terma dan syarat di laman web promosi, asalkan telefon pintar tersebut boleh dihidupkan ia akan diterima. Tidak kisah dah calar balar atau retak. Boleh cuba dengan membawa ke mana-mana Stor Samsung terlibat.

Tapi kalau dikira betul-betul dan anda ada telefon lama yang tidak digunakan tapi masih boleh hidup, lebih baik ambil tawaran diskaun RM100. Kemudian beli sendiri kad mikroSD 32GB, kerana harganya tidak sampai RM100 pun.

Telefon pintar Samsung Galaxy A6 dijual pada harga RM999. Manakala Galaxy A6+ pula berharga RM1,299.

Walaupun nampak serupa dari segi rekaan, Galaxy A6 dan A6+ yang baru ini sangat berbeza dalam banyak fungsinya.

Bagi Galaxy A6, ia didatangkan dengan satu kamera belakang 16MP F1.7 dan satu kamera hadapan 16MP F1.9 yang memiliki LED Flash boleh ubah. Ini dipadankan dengan skrin Super AMOLED Infinity Display selebar 5.6-inci dengan nisbah 18.5:9 dan resolusi HD+ 1480×720.

Kuasa dalaman diuruskan oleh pemproses 8-teras 1.6GHz bersama 3GB atau 4GB RAM dan storan dalaman antara 32GB dan 64GB. Ia menyokong kad mikroSD sehingga 256GB. Bateri pada Galaxy A6 sebesar 3,000mAh dan ia dicas melalui mikroUSB.

BACA  Nikon Z Sedia Gempur Kubu Mirrorless Sony A7

Di Galaxy A6+ pula, ia memiliki dua kamera belakang 16MP F1.7 + 5MP F1.9 untuk menghasilkan efek bokeh yang menarik. Dengan Live Focus, efek bokeh boleh diubahsuai sebelum atau selepas mengambil gambar. Kamera hadapannya pula menggunakan lensa 24MP juga dengan LED Flash boleh ubah.

Skrin Galaxy A6+ juga lebih besar, paparan Super AMOLED berukuran 6.0-inci dengan nisbah 18.5:9 dan resolusi FHD+ 2220×1080. Ia dipasang bateri sebesar 3,500mAh dan dicas melalui sambungan mikroUSB.

Pemproses lebih bertenaga digunakan untuk Galaxy A6+, dengan 8-teras 1.8GHz, 3GB atau 4GB RAM dan storan dalaman 32GB atau 64GB. Kad mikroSD sehingga 256GB boleh dimuatkan di dalamnya.

Kalau tertarik dengan promosi ini, jangan ketinggalan untuk mendapatkan Galaxy A6 dan A6+ ini segera. Promosi ini berjalan sehingga 5 Ogos 2018 sahaja. Untuk maklumat lanjut serta terma dan syarat, layari laman promosi Samsung Double up your memory.

Spesifikasi Samsung Galaxy A6 dan A6+ 2018

ModelGalaxy A6Galaxy A6+
Paparan5.6"
HD+ (1480×720)
Super AMOLED
6.0"
FHD+ (2220x1080)
Super AMOLED
Sistem OperasiAndroid 8.0 OreoAndroid 8.0 Oreo
Pemproses8-teras 1.6GHz8-teras 1.8GHz
RAM3/4GB3/4GB
Storan32/64GB32/64GB
Kamera Belakang16MP F1.716MP F1.7 + 5MP F1.9
Kamera depan16MP F1.924MP F1.9
Bateri3,000mAh3,500mAh