Telefon Bajet Galaxy J Kini Ada Skrin Infiniti Pada Harga Mampu Milik

Samsung Malaysia hari ini mengumumkan kemas kini terhadap barisan telefon bajet mereka iaitu Galaxy J dengan pengenalan dua buah ahli baru iaitu:

  • Samsung Galaxy J8,
  • Samsung Galaxy J6.

Perbezaan paling ketara berbanding telefon-telefon siri J sebelum ini adalah ia kini menggunakan paparan 18.5:9. Jadi anda beroleh telefon dengan keluasan paparan yang lebih tinggi untuk menikmati kandungan multimedia.

Galaxy J8

Galaxy J8 menggunakan paparan sebesar 6″ manakala J6 diberikan paparan 5.6″. Kedua-duanya memiliki resolusi paparan setinggi 1480 x 720.

Satu lagi kelebihan telefon ini adalah ia hadir dengan dua slot kad SIM dan 1 slot kad mikro-SD khas. Maka, anda boleh menggunakan kesemua 2 sim dan kad SD tanpa mengorbankan satu slot SIM.

Galaxy J6

Beralih pada bahagian pengimejan, hanya Galaxy J8 menggunakan konfigurasi dwikamera belakang. Kamera pertama adalah 16MP dan dibantu oleh kamera 5MP untuk mengukur kedalaman medan. Untuk berswafoto pula, kamera 16MP boleh digunakan.

Dalam kes J6 pula, ia memiliki ekakamera belakang dan depan. Kamera utamanya diberikan sensor 13MP. Kamera depan pula diberikan sensor 8MP dengan fungsi lampu flash LED.

Daripada CPU tidaklah diketahui secara khusus jenis apakah yang digunakan. Tapi, menurut sumber ketiga, J8 menggunakan Snapdragon 450 manakala J6 menggunakan Exynos 7870 dan kedua-duanya diberikan RAM 3GB dan storan seluas 32GB.

Bateri berkapasiti 3,500mAh digunakan untuk menguasakan komponen elektronik J8 manakala adik kecilnya diberikan bateri 3,000mAh.

Harga jualan kedua-dua telefon ini adalah seperti berikut:

dan mereka sudah boleh dibeli di semua kedai fizikal dan kedai dalam talian Samsung.

Spesifikasi Samsung Galaxy J8

Paparan6.0"
HD+
18.5:9
PemprosesSnapdragon 450
RAM3GB
Storan32GB
Sistem OperasiAndroid 8 Oreo
Samsung Experience 9.0
Kamera belakang16MP F1.7
5MP F1.9
Kemera depan16MP F1.9
Bateri3,500mAh
BACA  MaxisONE Prime beri internet tanpa had untuk semua ahli keluarga di dalam dan luar rumah

Spesifikasi Samsung Galaxy J6

Paparan5.6"
HD+
18.5:9
PemprosesExynos 7870
RAM3GB
Storan32GB
Sistem OperasiAndroid 8 Oreo
Samsung Experience 9.0
Kamera belakang13MP F1.9
Kemera depan8MP F1.9
Bateri3,000mAh