• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Diskaun RM200 untuk telefon Snapdragon 845 termurah hanya sehari

  • OLEH Najib
  • 7:00 pm
  • 30/07/2018
  • Komen
Diskaun RM200 untuk telefon Snapdragon 845 termurah hanya sehari
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, kita telah sedia tahu bahawa ASUS Zenfone 5z adalah telefon pintar berkuasa Snapdragon 845 paling murah di pasaran. Tetapi perkara yang kita belum tahu adalah promosi yang akan diumumkan oleh ASUS Malaysia.

Dalam pelancaran Zenfone 5z yang dibuat menerusi Facebook Live, ASUS Malaysia mengesahkan harga Zenfone 5z dijual di Malaysia dengan harga RM1,899 untuk model 6GB RAM dan 128GB storan, serta RM2,299 bagi model 8GB RAM dan 256GB RAM.



Lebih menarik lagi, adalah promosi yang diumumkan. Hanya untuk satu hari dalam unit terhad, Zenfone 5z akan dijual di stor rasmi ASUS di Lazada dengan diskaun RM200, menjadi RM1,699 sahaja. Jualan ini akan bermula pada jam 12 tengah malam ini, 31 Julai 2018.

Untuk model 8GB RAM dan 256GB, tiada pula promosi diumumkan. Bermakna ia akan dijual dengan harga biasa, RM2,299.



ASUS Zenfone 5z bukan berkuasa dari segi cip pemprosesnya. RAM besar dimuatkan ke dalamnya, antara 6GB dan 8GB, serta storan yang lebih besar dari biasa, sehingga 256GB.

Kameranya tidak kurang hebat, menggunakan gandingan dwi-lensa 12MP+8MP di belakang dan diperkasa dengan kuasa AI. Kamera hadapan pula menggunakan lensa 8MP bersama pelbagai fungsi kecantikan.

Skrinnya berukuran 6.2-inci, menggunakan paparan Super IPS dalam nisbah 19:9, resolusi HD Penuh+ dan memiliki takuk di dahi. Bateri di dalamnya berkapasiti 3,300mAh dan menyokong pengecasan pantas melalui sambungan USB-C.

Kepada yang berminat, jangan lupa dapatkan ASUS Zenfone 5z dengan 6GB RAM dan 128GB storan pada harga RM1,699 di Lazada. Ingat, ia bermula jadi 12 tengah malam ini dan ditawarkan dalam unit terhad. Untuk model 8GB RAM dan 256GB storan pula, juga boleh dibeli di Lazada dengan harga jualan biasa, RM2,299.

Tags: asusasus malaysiaASUS ZenFone 5zZenFone 5zzenfone 5z malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Diskaun RM200 untuk telefon Snapdragon 845 termurah hanya sehari

Diskaun RM200 untuk telefon Snapdragon 845 termurah hanya sehari

30 July 2018
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

4 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

3 August 2026
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN