• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy Note9 lebih jelas kelihatan dalam video ini

  • OLEH Najib
  • 6:30 pm
  • 02/08/2018
  • Komen
Galaxy Note9 lebih jelas kelihatan dalam video ini
Share on FacebookShare on Twitter

Makin hampir dengan tarikh pelancaran Samsung Galaxy Note9, makin rancak juga berita-berita terbocor yang tersebar di ruang maya. Seminggu je lagi nak dirasmikan, kini terdapat pula video yang memperlihatkan dengan jelas rupa Galaxy Note9.

Video ini masih selari dengan gambar-gambar khabar angin sebelum ini. Di belakang, ia dipasang kamera berkembar yang disusun selari bersama LED Flash. Manakala pengimbas capjari terletak di bawah kamera.



Jika diteliti, kamera berkembar di belakang ini kelihatan memiliki lensa pelbagai apertur seperti di Galaxy S9+. Ia boleh berubah dari apertur F1.5 untuk tangkapan bercahaya malap ke apertur F2.4 bagi suasana yang cerah.

Rupa hadapan Galaxy Note9 pula masih sama seperti Galaxy Note8. Ia dipasang paparan Infinity Display berukuran 6.3-inci yang turut digunakan oleh Galaxy Note8.



Lain-lain khabar angin yang kuat diperkatakan tentang Galaxy Note9 adalah seperti bateri paling besar dalam sejarah Note iaitu 4,000mAh, pilihan storan sehingga 512GB serta RAM sehingga 8GB.

Pelancaran Samsung Galaxy Note9 akan diadakan di New York pada 9 Ogos 2018. Sama-sama kita nantikan acara perasmiannya.

[Sumber: GSMarena]

Tags: Galaxu Note9samsungSamsung Galaxy Note9
Najib

Najib

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Galaxy Note9 lebih jelas kelihatan dalam video ini

Galaxy Note9 lebih jelas kelihatan dalam video ini

2 August 2018
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN