Sistem Pilihan Raya Amerika Syarikat Amat Korup Hinggakan Budak 11 Tahun Mampu Lumpuhkanya

DEFCON adalah acara tahunan yang diadakan sejak 1992 dan merupakan persidangan penggodam paling lama bertahan di dunia. Untuk tahun ini ia berlangsung antara 9 Ogos hingga 12 Ogos 2018.

Uniknya edisi tahun ini adalah penganjur turut membuka penyertaan daripada kanak-kanak dan cabarannya adalah untuk menggodam masuk beberapa replika laman web kerajaan dan juga mesin kira undi digital yang digunakan semasa pilihan raya.

39 peserta berumur antara 6 hingga 17 tahun menyertai cabaran itu. Menariknya 35 daripada mereka berjaya menggodam masuk replika laman web itu.

Tambah menarik, seorang peserta 11 tahun melakukannya dalam masa 10 minit. Sedelah menggodam masuk mereka melakukan beberapa perkara seperti:

  • mengubah bilangan undi
  • tukar nama calon

Kanak-kanak di sana sudah mula menggoncang korupsi, kanak-kanak di sini sibuk naikkan rank Mobile Legends.

BACA  Intel Manfaatkan Kecerdasan Buatan Untuk Jaringan Keselamatan Dunia Perkapalan