• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

4 Penambahbaikan Yang Boleh Dijangkakan Pada Android 9 Pie (Go Edition)

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:13 pm
  • 17/08/2018
  • Komen
Nokia 7 Plus jelmaan semula lagenda kamera Lumia
Share on FacebookShare on Twitter

Pensegmenan Android menyebabkan terlalu banyak konfigurasi dan spesifikasi teknikal boleh didapati dalam pasaran, daripada flagship hinggalah yang ada RAM kurang daripada 1GB. Oleh sebab sistem Operasi Android berkembang seiring dengan flagship, telefon kelas bawahan sering kali menghadapi masalah untuk mendukung sistem operasi yang kian maju.

Menyedari isu tersebut, Google telah melancarkan Android versi yang di-slim-kan, Android (Go Edition) bermula dengan Android 8 Oreo dalam bulan April 2018. Sejak itu, lebih 200 model peranti telahpun menikmati manfaat yang dibawakannya.



Untuk Andoird 9 Pie, Google akan membawakan sejumlah penambahbaikan pada versi Go yang akan datang. Empat daripada tambah baik itu adalah:

  1. Ruang storan lebih tinggi sehingga 500MB sejurus keluar kotak.
    Fail pemasangan yang lebih kecil memastikan storan yang minimum digunakan pada telefon. Misalnya, telefon yang hadir dengan storan 8GB akan ada 500MB lebih storan bebas sejurus keluar kotak berbanding semasa menggunakan sistem operasi Android 8 Oreo (Go).
  2. Tempoh boot yang lebih pantas.
    Masalah boot time yang panjang adalah norma untuk peranti berspesifikasi rendah. Oleh sebab itu, Google ingin membenteras masalah itu bagi membolehkan segenap pengguna Android menikmati pengalaman ber-Android selancar mungkin.
  3. Tahap keselamatan yang lebih tinggi.
    Untuk meningkatkan tahap keselamatan pada peranti android, Android Go bakal miliki fungsi keselamatan sejurus butan kuasa ditekan seperti fungsi pengesahan boot.
  4. Fungsi pemantauan penggunaan data yang lebih mudah diakses.
    Selari dengan tujuan pembangunan Android Go, Google turut ingin memberi lebih autoriti pada penggunananya terutama pada kawal selia penggunaan data.

Android Go bukanlah hanya sekadar sistem operasi sahaja. Google turut menerbitkan sejumlah APP khas untuk telefon sistem ini yang jika dibandingkan dengan APP versi penuh, ia tidak membebankan pada hardware-nya.



Anda boleh menggunakan APP seperti:

  • Google Go
  • YouTube Go
  • Maps Go
  • Files Go
  • Assistant Go
  • Android Messages for Android Go

Di Malaysia, sebanyak tiga buah telefon dengan Android Go boleh didapati secara rasmi. Mereka ialah:

  • Nokia 1 – RM299
  • Nokia 2.1 – RM415
  • Wiko Jerry3 – RM269

[Sumber: Google]

Tags: androidAndroid 9 Pieandroid 9 pie goandroid 9 pie go editionAndroid Gonokia 1
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Nokia 7 Plus jelmaan semula lagenda kamera Lumia

4 Penambahbaikan Yang Boleh Dijangkakan Pada Android 9 Pie (Go Edition)

17 August 2018
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Nanti dulu! Ini sebab utama anda tak perlu tukar MyKad baharu buat masa ini

Nanti dulu! Ini sebab utama anda tak perlu tukar MyKad baharu buat masa ini

21 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

21 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN