Telefon Nokia yang lama dinanti akan tiba pada 21 Ogos

Nokia baru-baru banyak melancarkan telefon pintar dalam kelas permulaan dan pertengahan seperti Nokia 1, Nokia 2.1, Nokia 3.1 dan Nokia 6.1. Tetapi esok Nokia akan melancarkan sebuah telefon pintar yang dikatakan sudah lama dinantikan.

Menerusi twitter @NokiaMobile, Nokia berkongsi sebuah gambar yang menyatakan bersedia untuk memperkenalkan telefon yang sangat dinanti. Ia akan dilancarkan pada hari Selasa, 21 Ogos 2018 iaitu esok.

Dari gambar yang dikongsi, seperti tiada langsung petunjuk boleh diterjemah darinya. Hanya sebuah telefon berbentuk petak, di mana ia adalah rupa sebuah telefon pintar yang biasa.

Banyak cakap-cakap di alam maya mengaitkannya dengan Nokia 9, telefon pintar flagship untuk menggantikan tempat Nokia 8. Cuma maklumat tentang Nokia 9 juga tidak banyak boleh diperkatakan kerana hampir tiada berita terbocor tentangnya.

Jika benar, Nokia 9 seharusnya dilengkapi dengan perkakas terbaik seperti cip Snapdragon 845, RAM sekurangnya 6GB dan storan 128GB atau lebih. Kamera utamanya pula haruslah menggunakan optik ZEISS, mungkin dwi-lensa atau tiga.

Pengesahan tentangnya akan diketahui esok apabila diumumkan oleh Nokia Mobile. HMD Global nampaknya aktif membawakan model terbaru Nokia ke Malaysia. Jadi harapnya telefon pintar yng baru ini akan datang ke Malaysia juga, secepat yang mungkin.

[Sumber: BGR]

BACA  Masalah Telefon Meletup Tak Mungkin Berlaku Jika Bateri Ini Digunakan