5 gajet terbaik boleh dimiliki jika anda tidak membeli kereta

[Artikel ini dibawakan kepada anda oleh SOCAR]

Terdapat dua jenis pembelian berkadar besar yang sering dibuat oleh orang bekerja. Pertama ialah pembelian rumah dan kedua ialah kereta. Tetapi beban hutang kedua-dua benda ini boleh dihentikan jika pembelian tidak dibuat.

Mungkin tidak untuk rumah kerana ia adalah satu keperluan asas, tetapi kita boleh tidak membeli kereta dan masih mampu menggunakannya bila perlu. Contohnya, Toyota Vios J automatik di Malaysia dijual pada harga RM73,582.45. Jika anda membayar deposit 10% dan membuat ansuran jual-beli selama 9 tahun pada kadar faedah 7%, anda perlu membayar RM999 sebulan.

Di sini kami ingin berkongsi apa yang boleh anda beli jika anda tidak membeli kenderaan.

1. Telefon Huawei Mate RS Porsche Design (7x ansuran Toyota Vios)

Kenapa beli kereta bila anda boleh dapatkan telefon pintar dengan prestij sebuah kereta? Jika ansuran kereta sekitar RM1,000 sebulan, anda boleh membeli telefon ini dengan simpanan selama 7 bulan. Malah, anda boleh bersedia menukar model baru tahun depan bila ia keluar.

2. Laptop ASUS Zenbook Pro 15 (6x ansuran Toyota Vios)

Laptop pertama di dunia dengan skrin kedua di TouchPad. Nipis, ringan dan berkuasa tinggi. Malah boleh bermain games terkini dengan kad grafik NVIDIA GeForce terbina di dalam. Harga bermula dari RM5,999.

3. TV lengkung Samsung Smart QLED Q8C 4K 55″ (10x ansuran Toyota Vios)

Satu cara terbaik untuk berehat sambil menikmati hiburan adalah dengan menonton TV di rumah. Apa lagi dengan pelbagai teknologi canggih terkini membuatkan cerita drama dan filem yang ditonton sangat realistik, ditambah lagi dengan sistem bunyi keliling yang mengasyikkan. Salah satu pilihan terbaik di bawah RM10,000 adalah TV lengkung Samsung Smart QLED Q8C 4K 55″.

4. Konsol mudah alih Nintendo Switch (2x ansuran Toyota Vios)

Hiburan mudah alih sudah menjadi trend terkini ditambah lagi dengan pelbagai permainan yang boleh dimainkan di telefon pintar. Tetapi ia masih tidak dapat menandingi konsol mudahalih yang direka khas untuk permainan seperti Nintendo Switch.

Ia adalah konsol pelbagai guna yang bukan sahaja boleh disambungkan ke tv untuk dimainkan, malah boleh dimainkan sendiri dengan skrin yang terdapat bersamanya. Alat kawalan juga standard datang dengan 2 unit dan boleh dimainkan sekaligus dengan 8 alat kawalan. Harga untuk set lengkap dibawah RM2,000 menjadikan ia sangat berbaloi untuk dimiliki.

5. Kamera Sony RX100 VI (5x ansuran Toyota Vios)

Kamera DSLR besar sangat, kamera telefon pintar tak cukup berkuasa. Kalau begitu, kamera kompak adalah pilihan terbaik dan salah satunya ialah kamera Sony RX100 VI. Sistem autofokus terpantas, zum optikal hingga 8x, dan rakaman video gerak super perlahan 1000 fps pada resolusi 1080p. Harganya bermula dari RM4,899 sahaja.


Dengan tidak memiliki kereta, lihat berapa banyak yang anda boleh jimat dan wang itu boleh digunakan untuk menaik taraf hidup dengan memiliki gajet canggih.

Tapi ia bukan bermakna anda tidak boleh memandu, kerana anda masih boleh menggunakan perkhidmatan seperti SOCAR bila diperlukan. SOCAR terdapat di lebih 150 lokasi di Malaysia dengan harga yang amat berpatutan, tanpa perlu risaukan petrol kerana kad petrol percuma disediakan. Tempat meletak kereta juga tersedia bila mahu dipulangkan.

Anda boleh menggunakan SOCAR dari serendah RM8 sejam, dengan penggunaan dari sependek 30 minit sehingga selama mana yang anda mahu. Semuanya dilakukan menerusi aplikasi mudah alih di telefon pintar.

Muat turun aplikasi SOCAR sekarang dan mula berjimat tanpa perlu membeli kereta.