• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Masa Itu Emas, Apple Watch Series 4 Khas Untuk Anda Yang Menghargainya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:22 pm
  • 13/09/2018
  • Komen
Masa Itu Emas, Apple Watch Series 4 Khas Untuk Anda Yang Menghargainya
Share on FacebookShare on Twitter

Apple turut mengemas kini barisan jam tangan pintar mereka dengan pengenalan Apple Watch Series 4 untuk menggantikan Series 3 yang dilancarkan dalam tahun 2017. Berbanding Series 2 kepada Series 3, Series 4 menerima tambah baik paling ketara berbanding Series 3.

Seperti biasa, Apple Watch hadir dalam dua saiz untuk disuaikan dengan pergelangan tangan si pemakai. Mereka boleh mendapatkan jam tangan bersaiz:



  • 40mm
  • 44mm

Sebelum ini, Series 3 hadir dalam ukuran 38mm dan 42mm. Maka, pengguna menerima jam tangan berpaparan lebih besar, 32% dan 35% menurut Apple. Tapi tali jam tangan anda untuk versi-versi sebelum ini masih boleh digunakan tanpa masalah. Badannya kini memiliki bingkai lebih nipis disamping bentuk yang lebih melengkung.

Pada bahagian kanan jam tangan, anda menemui crown yang diguna untuk navigasi menu dan turut mengandungi sensor kesihatan. Motor gegaran turut terbina untuk memberi suap balas semasa pengguna memutarkannya, seperti suap balas haptik pada iPhone.



Pengalaman bercakap telefon turut ditambah baik. Mikrofon dipindahkan untuk duduk bersebelahan crown dan speaker berhijrah ke seberang, kiri jam tangan. Melalui demonstrasi yang dilakukan, ia mampu menyaring hingar seperti bunyi deruan angin dan hanya menghantar suara pemanggil kepada penerima.

Ada juga pembaharuan pada sudut fungsi kesihatan jam tangan ini. Series 4 mencerap tahap kesihatan secara proaktif dengan memantau kadar denyutan jantung dan terus memberitahu sama ada ia berada di luar parameter normal ataupun tidak. Akselerometer terbina turut digunakan sepenuhnya kerna ia mampu mengesan sekiranya pemakainya jatuh dan terus memanggil bantuan.

Apple turut menyakatan jam ini mampu merekodkan data ECG (electrocardiogram) tapi fungsi itu akan hadir pada kemas kini perisian yang akan datang.

Ciri-ciri yang dikekalkan adalah seperti penjejak aktiviti seperti GPS, mendengar muzik secara Bluetooth, dan sebagainya.

Ini adalah spesifikasi ringkas Apple Watch Series 4:

  • Paparan 368×448 px (44mm) & 324×394 (40mm)
  • CPU Apple S4 + cip Wi-Fi W3
  • Sensor jantung elektrik & optikal
  • Crown digital dengan suap balik haptik
  • GPS, Barometer, Giroskop & Akselerometer
  • Storan dalaman 16GB

Apple Watch Series 4 akan mula dijual di A.S bermula 21 September ini pada harga seperti berikut:

  • Series 4 40mm (GPS) bermula USD 399 (RM 1,653)
  • Series 4 42mm (GPS) bermula USD 429 (RM 1,777)
  • Series 4 40mm (GPS + LTE) bermula USD 499 (RM 2,067)
  • Series 4 42mm (GPS + LTE) bermula USD 529 (RM 2,191)

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: appleapple malaysiaapple watchapple watch series 4apple watch series 4 malaysiaapple watch series 4 murahharga apple watch series 4jam tangan pintarpelancaran apple watch series 4review apple watch series 4Smartwatchspesifikasi apple watch series 4tempahan apple watch series 4
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Masa Itu Emas, Apple Watch Series 4 Khas Untuk Anda Yang Menghargainya

Masa Itu Emas, Apple Watch Series 4 Khas Untuk Anda Yang Menghargainya

13 September 2018
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER