Storan OPPO A3s 32GB diganda secara percuma meraikan Hari Malaysia

Sebulan yang lepas OPPO melancarkan telefon pintar OPPO A3s, sebuah telefon bajet dengan spesifikasi yang nampak berbaloi. Hari ini OPPO Malaysia mengumumkan hadiah percuma untuk pembeli OPPO A3s edisi 3GB RAM.

Bermula dari 14 September 2018, pembeli telefon pintar OPPO A3s edisi 3GB RAM akan menerima kad mikroSD Sandisk 32GB, menggandakan lagi storan 32GB sedia ada di dalamnya. Ia juga dibuat bersempena menyambut ketibaan Hari Malaysia bulan ini.

OPPO A3s edisi 3GB RAM memiliki 32GB storan dalaman, dan ia dijual pada harga RM899 termasuk cukai SST. Ia datang dalam dua pilihan warna, Merah dan Ungu. Bagi edisi 2GB RAM dan 16GB storan, tiada hadiah percuma disediakan tetapi dengan harga RM599 sahaja, ia adalah tawaran yang agak menarik.

Selain RAM dan storan dalaman, tiada perbezaan lain antara edisi 3GB RAM dan 2GB RAM. OPPO A3s dipasang skrin berukuran 6.2-inci dengan nisbah skrin-ke-badan 88.8%, resolusinya hanya HD+ 1520×720, dan ia memiliki takuk di atas untuk memberi lebih ruang kepada skrin.

Kuasa dalamannya digerakkan oleh cip Snapdragon 450, dengan bateri yang sangat besar, berkapasiti 4,230mAh. Tiga slot berasingan terdapat di dalam, boleh memuatkan dua kad sim bersama satu kad mikroSD serentak.

Di bahagian kamera, OPPO A3s memiliki dwi kamera belakang 13MP+2MP di samping kamera hadapan 8MP. OPPO yang memang terkenal sebagai pakar swafoto melengkapkan kamera ini dengan teknologi AI Beautification 2.0 untuk menghasilkan swafoto yang lebih cantik.

OPPO A3s menggunakan sistem operasi Android 8.1 Oreo bersama antaramuka ColorOS 5.1. Tiada pengimbas capjari fizikal terdapat telefon ini, tetapi ia menyokong pengecaman wajah untuk membuka kunci skrin.

BACA  iPhone 6 murah giler dengan internet tanpa had U Mobile

Untuk peminat OPPO dengan bajet rendah, jangan lepaskan tawaran storan berganda OPPO A3s ini, bermula esok 14 September 2018. Selain stor fizikal OPPO di seluruh Malaysia, tawaran ini boleh didapati atas talian di Stor Online OPPO dan juga di 11street, Lazada dan Shopee.