GoPro Hero7 Sedia Ditempah Untuk Peminat Di Malaysia

Tak sampai 24 jam dilancarkan, peminat kamera aksi terulung dunia ini mampu menikmati kecanggihan GoPro Hero7 dalam masa terdekat ini apabila beberapa pengedar sah dalam negara mula mengadakan promosi tempahan untuk memiliki Hero7 Black.

Menurut page rasmi GoPro di Facebook, antara toko yang terlibat adalah:

Kesemua pengedar sah ini mengadakan promosi tempahan bermula hari ini hinga 26 September dan merka menjanjikan hadiah bonus untuk anda yang jadi golongan terawal menggayakan GoPro tercanggih pernah dihasilkan ini. Sebuah GoPro Hero7 Black dijual pada harga RM1,869, sedikit mahal berbanding tukaran terus darpada harganya di U.S iaitu RM1,652.

Walau bagaimanapun, setiap pembelian awal akan menerima set kit kembara yang mengandungi beg penyimpanan, perumah tambahan, serta mini tripod yang bernilai RM99.

Tempahan dijangka mula dipenuhi seawal 29 September ini.

Untuk anda yang terlepas “kereta api” GoPro Hero7 Black adalah kamera yang baru saja dilancarkan GoPro dan disuntik pelbagai penambahbaikkan serta beberapa ciri unik seperti HyperSMooth dan SuperPhoto.

Anda boleh terus ke artikel kami yang satu lagi untuk maklumat lanjut tentang tiga buah GoPro Hero7 yang dilancarkan.

 

 

 

BACA  Celcom Lakukan Naik Taraf, Beberapa Servis Bakal Tergendala