Wang tunai USD90,000 menanti pemain Mobile Legends di Tamago

Tamago, sebuah platform sosial penstriman secara langsung, mengajak peminat ‘Mobile Legends Bang Bang’ (MLBB) di Malaysia, untuk memenangi sebahagian daripada hadiah wang tunai sebanyak USD90,000 (~RM370,000) yang ditawarkan dalam pertandingan ‘Tamago 100 Legends’.

Pertandingan Tamago 100 Legends ini berjalan dari 1 hingga 31 Oktober 2018 dan menyediakan hadiah buat 100 pemain terbaik MLBB yang menyiarkan permainan mereka di Tamago.

Untuk menyertai pertandingan ini, pemain MLBB harus mengikuti langkah berikut:

  1. Mendaftar di discovery.tamago.live/events/100legends
  2. Menambah “Tamago” pada nama hadapan mereka di dalam permainan Mobile Legends
  3. Meraih tahap setinggi mungkin dalam permainan dan carta pemarkahan Mobile Legends
  4. Menyiarkan permainan mereka di Tamago sekurang-kurangnya dua jam sehari (atau 60 jam sepanjang tempoh pertandingan)
  5. Membawa pulang hadiah wang tunai berdasarkan kedudukan masing-masing di antara pemain lain yang mempunyai “Tamago” pada nama mereka di akhir tempoh pertandingan.

Jika memenuhi syarat-syarat di atas, pemain berpeluang memenangi hadiah berikut:

  • Tempat pertama: USD10,000 (~RM 41,400)
  • Tempat kedua: USD5,000 (~RM20,700)
  • Tempat ketiga: USD3,000 (~RM 12,400)
  • Tempat ke-4 hingga ke-50: USD1,000 (~RM4,140)
  • Tempat ke-51 hingga ke-100: USD500 (~RM2,070)

Pertandingan Tamago 100 Legends ini terbuka kepada pemain MLBB di seluruh Asia Tenggara termasuk Malaysia. Kesemua pemain harus berada di dalam kedudukan 100 teratas untuk memenangi hadiah wang tunai yang disediakan.

Pengurus Tamago, Yubin Ng menjelaskan, “Melalui pengstriman permainan, kami membuka peluang yang lebih luas kepada pemain untuk menjana pendapatan, selain daripada memenangi wang dalam pertandingan. Selain itu, kami juga ingin menggalakkan pemain untuk membina kemahiran masing-masing, seperti casting dan streaming. Kami berharap peminat-peminat dari Malaysia akan menikmati manfaat daripada pertandingan Tamago 100 Legends ini,”.

BACA  Telefon gaming muktamad ASUS ROG Phone boleh mula dibeli di Malaysia

Untuk maklumat lanjut, terma dan syarat pertandingan, lawati laman web Tamago 100 Legends. Peminat Mobile Legends juga boleh menyaksikan pemain-pemain dari seluruh Asia Tenggara bersaing dalam pertandingan ini di Tamago dengan memuat turun aplikasi Tamago secara percuma di Apple AppStore, Google PlayStore atau di laman web Tamago Live.