Tiga Produk Xiaomi Terhangat Tahun 2018 Mula Dijual Di Malaysia

Lembah Klang hari ini menerima satu lagi ahli baru Mi Stora di pusat beli belah Sunway Pyramid. Bersama-sama pembukaan kedai itu, Xiaomi Malaysia turut mengumumkan penjualan Pocophone F1 Armoured Edition, Mi Max 3, dan juga Mi Band 3.

Pocophone F1 Armoured Edition adalah versi premium kepada Pocophone F1. Telefon ini tiba sedikit lewat berbanding versi biasa yang tiba pada awal bulan ini.

Beza antara Armoured Edition dengan versi biasa adalah pada kemasan Kevlar yang digunakan pada bahagian belakang. Memegangnya terasa sedikit ringin berbanding versi biasa yang menggunakan besi polikarbonat.

Tiada perbezaan daripada spesifikasi teknikal antara keduanya. Maka anda menerima sebuah telefon dengan:

  • Skrin 6.18″ FHD+
  • CPU Snapdragon 845
  • RAM 6GB
  • Storan 128GB
  • Kamera belakang 12MP+5MP
  • Bateri 4,000mAh
  • Kamera depan 20MP

Seperti namanya, Max 3 lebih menumpukan pada ketahanan bateri. Buktinya adalah ia dibekalkan bateri sebesar 5,500mAh iaitu yang terbesar dalam produk telefon Xiaomi.

Disamping itu, ia turut memiliki paparan yang besar iaitu 6.44″ pada resolusi HD+ Penuh. Pada helaian spesifikasi, ia adalah peranti kelas pertengahan yang mampu milik.

Anda menerima sebuah telefon dengan komponen-komponen seperti:

  • CPU Snapdragon 636
  • RAM 4GB
  • Storan 64GB
  • Kamera belakang 12MP+5MP
  • Kamera depan 8MP

Telefon ini sesuai untuk pengguna kasual yang memelrukan ruang kerja yang luas serta bateri tahan lama tapi tidak mahu membawa tablet yang terlalu besar saiznya.

Disamping dua teleofn, anda turut boleh menemui Mi Band 3. Berbanding Mi Band 2 sebelum ini, perbezaan ketara antara keduanya adalah pada paparannya yang kini lebih tinggi resolusi.

Ketahanan bateri pada gelang tangan kecerdasan terbaru ini masih kekal lama. Anda boleh menggunakan gelang ini selamas 20 hari dengan sekali cas.

BACA  Ini Adalah Penyelesaian Kepada #chargegate, Menurut Apple

Beberapa perkara yang boleh dilakukan oleh gelang ini selain memberitahu masa adalah seperti:

  • Alarm
  • Notifikasi APP
  • Jawab/tolak panggilan
  • kira kalori
  • kira langkah
  • rekod masa tidur

Ketiga-tiga produk yang mula dijual di Malaysia bermual hari ini menerima tanda harga seperti berikut:

  • Pocophone F1 Armoured Edition – RM 1,599
  • Mi Max 3 – RM1,099
  • Mi Band 3 – RM129