• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Adakah ini harga rasmi iPhone XS, XS Max dan XR di Malaysia?

  • OLEH Najib
  • 11:45 am
  • 01/10/2018
  • Komen
Adakah ini harga rasmi iPhone XS, XS Max dan XR di Malaysia?
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon pintar terbaru Apple iaitu iPhone XS dan XS Max telah mula membanjiri pasaran. Walaupun Malaysia tidak termasuk dalam negara terawal menjualnya, set import dari luar negara telah mula kelihatan di beberapa kedai menjual telefon pintar, di dalam dan luar talian.

Jualan iPhone XS dan XS Max kali ini kelihatan suram, mungkin juga disebabkan pembeli menantikan set rasmi Malaysia tiba. Oktober telah menjelang dan mungkin ini adalah bulan ketibaannya. Ini kerana beberapa penjual kelihatan telah mula membuka tempahan awal iPhone XS, XS Max dan XR yang dikatakan set rasmi Malaysia.



Salah satunya ialah di 11street. Mereka telah mula menyenaraikan set rasmi Malaysia bagi iPhone XS, iPhone XS Max serta iPhone XR, bagi semua warna dan semua jenis storan. Harga yang disenaraikan adalah seperti berikut:

  • iPhone XS 64GB: RM 4,999
  • iPhone XS 256GB: RM 5,699
  • iPhone XS 512GB :RM 6,649
  • iPhone XS Max 64GB: RM 5,399
  • iPhone XS Max 256GB: RM 6,099
  • iPhone XS Max 512GB :RM 7,049
  • iPhone XR 64GB: RM 3,599
  • iPhone XR 128GB: RM 3,849
  • iPhone XR 256GB :RM 4,299

Tempahan awal set rasmi iPhone terbaru ini dijual oleh pekedai Titanz Online di 11street, dan dinyatakan akan dihantar bermula 29 Oktober 2018. Dengan maklumat seperti harga dan tarikh ini, adakah ini menunjukkan harga rasmi bagi set Malaysia serta tarikh jualannya di Malaysia?



Kita nantikan pengumuman rasmi dari Apple Malaysia. Pasti ia akan dibuat tidak lama lagi memandangkan iPhone XS, XS Max dan XR telah pun menerima pengiktirafan SIRIM. Jangan lupa untuk baca juga artikel kami tentang: Kelebihan Dan Kekurangan Yang Kami Temui Lepas Buka Kotak IPhone XS, sebelum mula membuat keputusan untuk membelinya.

[Sumber: SoyaCincau]

Tags: appleapple malaysiaiPhone XRiPhone XR MalaysiaiPhone XSiPhone XS MalaysiaiPhone XS MaxiPhone XS Max Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Adakah ini harga rasmi iPhone XS, XS Max dan XR di Malaysia?

Adakah ini harga rasmi iPhone XS, XS Max dan XR di Malaysia?

1 October 2018
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

10 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN