• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Zizan Razak bangga dapat jadi duta honor 8X

  • OLEH Najib
  • 1:28 pm
  • 03/10/2018
  • Komen
Zizan Razak bangga dapat jadi duta honor 8X
Share on FacebookShare on Twitter

Duta sebuah jenama memainkan peranan penting untuk menarik minat pembeli. Ini dapat dilihat juga dalam penjualan telefon pintar di mana pelbagai artis dan selebriti dilantik menjadi duta sesebuah jenama.

honor Malaysia turut tidak ketinggalan mendapatkan khidmat duta, terkini dengan melantik pelawak terkenal tanahair, Zizan Razak sebagai duta untuk telefon pintar akan datang mereka, honor 8X. Ia bukanlah perkara baru buat honor kerana tahun lepas mereka bekerjasama dengan SonaOne bagi pelancaran honor 7X.



Duta rasmi #honor8X ialahhh…

Siapa duta rasmi #honor8X? OMGG. BETUL KE NI?! #beyondlimits

Find out more at honor's Official Website: https://www.hihonor.com/my/

Posted by Honor Malaysia on Monday, 1 October 2018

honor 8X akan dilancarkan di Malaysia pada 9 Oktober depan. Membawakan tagline “Beyond Limits”, Zizan menyifatkan ia selari dengan bidang kerjanya selama ini yang sering mencabar batas seorang penghibur di TV.

Zizan akan turut serta di majlis pelancaran honor 8X yang dijadualkan pada 9 Oktober nanti. Orang ramai boleh menontonnya secara langsung menerusi Facebook honor Malaysia.



honor 8X memiliki skrin yang agak besar, berukuran 6.5-inci tetapi kacanya meliputi 91% permukaan hadapan telefon. Takuk kecil terdapat di atasnya yang memuatkan kamera hadapan dan pembesar suara panggilan.

Cip Kirin 710 yang sama seperti Huawei nova 3i, menjadi tunjang penggerak honor 8X. RAM sebanyak 4GB dan storan dalaman 128GB dimuatkan di dalamnya. Untuk kamera, ia menggunakan dwi-lensa 20MP+2MP F1.8 di belakang dan lensa 16MP F2.0 di hadapan.

Nantikan majlis pelancaran honor 8X pada 9 Oktober akan datang untuk mengetahui harga dan model yang ditawarkan di Malaysia.

Tags: Duta honorhonorhonor 8Xhonor 8X Malaysiahonor malaysiaZizanZizan Razak
Najib

Najib

POPULAR

Zizan Razak bangga dapat jadi duta honor 8X

Zizan Razak bangga dapat jadi duta honor 8X

3 October 2018
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN