• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Logitech G502 diimplan jantung baru HERO

  • OLEH Najib
  • 12:44 pm
  • 04/10/2018
  • Komen
Logitech G502 diimplan jantung baru HERO
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu tetikus gaming popular keluaran Logitech ialah Logitech G502. Ia kini menerima pembedahan dalaman dan dipasang jantung baru, sensor HERO 16K. Dengan itu, lahirlah tetikus gaming Logitech G502 HERO.

Ia adalah sensor yang sama dimuatkan ke dalam tetikus Logitech G Pro Wireless. Sensor Logitech G HERO (High Efficiency Rated Optical – Optikal Berkadar Kecekapan Tinggi) 16K memiliki tahap pengesanan yang pantas, tepat dan responsif. Ia mengatasi sensor generasi sebelumnya, berkebolehan mengesan sepantas 400 IPS dengan ketepatan sehingga 16,000 DPI.



Bagi memenuhi keperluan pemain games yang mahukan lebih kawalan, sebanyak 11 butang terdapat pada tetikus ini, setiap satu boleh ditetapkan arahan menerusi aplikasi Logitech Gaming Software (LGS). LGS juga boleh digunakan untuk memilih dari 16.8 juta warna bagi menghiasi cahaya di tetikus, terima kasih kepada teknologi Logitech G LIGHTSYNC RGB.

Penyesuaian tetikus ini ditambah lagi dengan pilihan pemberat. Sehingga lima pemberat 3.6gram boleh dimuatkan untuk menepati citarasa pengguna. Roda skrol juga diberikan pilihan penggunaan menerusi dwi-mod Hyper Scroll. Penggunaan suis mekanikal buatan Omron, memanjangkan hayat tetikus ini sehingga 50 juta klik.



Tetikus gaming Logitech G502 HERO akan mula dijual di Malaysia pada pertengahan bulan Oktober ini. Hanya terdapat dalam warna hitam, harga jualan yang disyorkan ialah RM349. Untuk maklumat lanjut, rujuk laman web Logitech G502 HERO.

Tags: LogitechLogitech GLogitech G502 HEROLogitech G502 HERO Gaming MouseLogitech Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Logitech G502 diimplan jantung baru HERO

Logitech G502 diimplan jantung baru HERO

4 October 2018
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN