• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Inilah Huawei Mate 20 Versi Bukan Pro Dengan Notch Titisan Air

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:28 am
  • 05/10/2018
  • Komen
Inilah Huawei Mate 20 Versi Bukan Pro Dengan Notch Titisan Air
Share on FacebookShare on Twitter

Satu berita terbaru dari tanah Jerman ada berkongsikan imej rasmi Mate 20 beserta beberapa maklumat berkaitan spesikasi yang bakal didukungnya.

Melihat pada gambar yang dikongsi, Huawei siri Mate akhirnya menerima sentuhan notch untuk memberi laluan pada paparan berbingkai nipis. Notch pada Mate 20 lebih mirip pada OPPO F9 dan vivo V11.



Huawei Mate 20

vivo V11 Pro



Tambah unik, bingkai kali ini berbanding yang ada pada P20 adalah ia agak simetri pada kesemua sisi. Sudah tentunya ia menyumbang pada nilai estetika pada Mate 20.

Pada bahagian muka anda boleh menemui paparan LCD sebesar 6.43″ daripada jenis TFT dengan resolusi 2244 x 1080.

Untuk papan utama, ia dijangka akan dikuasakan CPU terhebat Huawei, Kirin 980 bersama-sama RAM sehingga 8GB serta storan sehingga 512GB. Berdasarkan pengalaman, untuk pasaran Malaysia kita hanya akan menerima satu varian sahaja dan dalam keas P20 yang lalu, hanya varian terendah iaitu RAM 4GB dan storan 128GB tiba di tempat kini.

Belakang Mate 20

Tiga buah kamera disusun dalam kotak segi empat sama berbucu tumpul terletak di tengah. Namun, tiada maklumat khusus tentang spesifikasi kamera yang akan diterimanya termasuklah kamera swafoto.

Pengimbas cap jari diletakkan di bawah modul kamera.

Pada bahagian bateri, ia didakwa membekalkan kuasa pada kesemua komponen elektronik telefon melalui bateri berkapasiti 4,000 mAh. Sistem pengecasan pantas turut hadir dengan bekalan kuasa sekuat 40 watt.

Untuk perbandingan, OPPO Find X dengan pengecas 50 watt mengecas 2,500mAh dalam masa hanya 15 minit.

Kesemua teka-teki yang menyelubungi Mate 20 akan terjawab pada 16 Oktober ini di pelancaran yang akan berlaku di London.

[Sumber: winfuture]

Tags: harga huawei mate 20HuaweiHuawei MalaysiaHuawei Mate 20huawei mate 20 malaysiahuawei mate 20 murahpelancaran huawei mate 20review huawei mate 20spesifikasi huawei mate 20tempahan huawei mate 20
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

24 Jun 2022
HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

28 Jun 2022
Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

23 Jun 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
Ini cara Apple hukum anda yang beli Macbook Pro 13″ M2 termurah

Ini cara Apple hukum anda yang beli Macbook Pro 13″ M2 termurah

27 Jun 2022
Inilah Huawei Mate 20 Versi Bukan Pro Dengan Notch Titisan Air

Inilah Huawei Mate 20 Versi Bukan Pro Dengan Notch Titisan Air

5 Oktober 2018

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER