TIME Hadir Dengan Broadband 100Mbps Termurah Dalam Kalangan ISP

Gelombang revolusi jalur lebar Malaysia nampaknya tidak menunjukkan tanda-tanda kebah. Selepas TM dan Maxis, TIME pula hadir memperkemas tawaran Internet mereka apabila menawarkan tiga pelan pada harga termurah dalam kelasnya.

Tiga pelan yang dimaksudkan adalah:

  • 100Mbps pada RM99/bulan
  • 500Mbps pada RM139/bulan
  • 1GBps pada RM199/bulan

Salah satu keunikan tawaran TIME adalah kelajuan muat naik dan turun yang asimetrik, kecuali pelan 1Gbps. Ia bermakna kelajuan muat naik anda adalah sama seperti kelajuan muat turun. Ciri ini amat berguna sekiranya anda ialah seorang pembangun kandungan yang sentiasa memuat naik kandungan ke awan.

Seperti biasa, TIME akan membekalkan pelanggannya dengan kelengkapan seperti Router Wi-Fi dan set telefon untuk pelan yang menawarkannya.

Perbandingan antara 3 pelan TIME

Perhidmatan suara juga disediakan untuk pelanggan membuat panggilan keluar. TIME akan mengecaj RM0.10 untuk setiap minit ataupun anda boleh melanggan pelan khas untuk beroleh kuota suara seperti:

  • TIME Voice Lite RM2.50/bulan/30 minit
  • TIME Voice Max RM10/bulan/100 minit

Sungguhpun tawaran TIME adalah yang termurah dalam pasaran pengguna, tawaran TIME adalah yang paling asas. Contohnya, tawaran daripada Unifi adalah lebih komprehensif kerana anda menikmati perkhidmatan unifi TV dan unifi Play TV yang termasuk dalam kombo tawaran.

Tawaran unifi lebih komprehensif

Tambahan pula, daripada segi cakupan perkhidmatan, unifi memiliki kawasan perhidmatan yang lebih luas berbanding TIME walhal TIME lebih tertumpu pada bandar-bandar besar dan juga kediaman banggunan tinggi.

Berita baik untuk pelanggan sedia ada TIME, anda akan dinaik taraf kelajuan secara percuma. Inisiatif naik taraf yang akan dinikmati anda adalah seperti berikut:

  • Pelanggan 100 Mbps akan dinaik taraf ke 500 Mbps
  • Pelanggan 300 Mbps dan 500 Mbps akan dinaik taraf ke 1 Gbps.


Ada juga berita yang kurang baik dalam pengumuman ini. Terdapat dua golongan yang terlepas naik taraf percuma ini atas sebab tertentu.

BACA  Internet Maxis hilang di tengah malam

Contohnya pelanggan Astro IPTV tidak menikmati naik taraf percuma bersama-sama pelanggna TIME business.

Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman rasmi TIME.