• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Telefon Pertama Dunia Dengan RAM 10GB Bakal Diperkenal Xiaomi

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:30 pm
  • 18/10/2018
  • Komen
Telefon Pertama Dunia Dengan RAM 10GB Bakal Diperkenal Xiaomi
Share on FacebookShare on Twitter

Pesta pelancaran telefon nampaknya masih belum berakhir. Selepas Mate 20 Pro, Xiaomi pula mengutuskan teaser tentang pelancaran produk mereka yang akan berlangsung dalam masa terdekat. Telefon yang akan diperkenalkan di Beijing pada 25 Oktober 2018 ini adalah Mi MIX 3 dan ia bakal menempa beberapa sejarah.

Ia berdasarkan beberapa teaser yang telah dimuat naik mereka di Twitter rasmi mendedahkan serba sedikit tentang ciri-ciri MIX 3 yang akan diumumkan kelak.



Mi MIX 3 dijangka akan menjadi telefon pertama dengan RAM berkapasiti 10GB dan juga yang pertama dengan keupayaan capaian LTE 5G.

Terdapat gambar yang menunjukkan bentuk segi empat tepat dengan sebahagian daripadanya terjulur keluar. Ia seperti mekanisme kamera pada OPPO Find X yang telah dilancarkan di Malaysia tak lama dulu.



Setakat itu saja maklumat yang dikongsikan Xiaomi setakat ini. Yang selebihnya kita perlu tunggu sehingga 25 Oktober 2018 ini.

Untuk perbandingan, Mi MIX 2 dilancarkan di China pada September 2017 dengan spesifikasi berikut:

  • Paparan 5.99″ HD Penuh
  • Snapdragon 835
  • RAM 6GB
  • Storan 64GB
  • Kamera belakang 12MP
  • Kamera depan 5MP
  • Bateri 3,400mAh
Tags: androidmiMi MIX 2mi mix 3pelancaran mi mix 3xiaomi
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Telefon Pertama Dunia Dengan RAM 10GB Bakal Diperkenal Xiaomi

Telefon Pertama Dunia Dengan RAM 10GB Bakal Diperkenal Xiaomi

18 October 2018
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN