• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

honor Magic 2 ada skrin dan kamera ajaib

  • OLEH Najib
  • 4:27 pm
  • 24/10/2018
  • Komen
honor Magic 2 ada skrin dan kamera ajaib
Share on FacebookShare on Twitter

honor Magic 2 pertama kali disebut namanya semasa pameran IFA di Berlin pada bulan Ogos lepas. Majlis pelancarannya di China telah ditetapkan pada 31 Oktober 2018, tetapi gambar rasminya kini telah dimuat naik di laman weibo honor.

Banyak perkara yang sangat menarik pada Magic 2. Pertama, ia akan dikuasakan cip Kirin 980 terbaru dari Huawei, peranti kedua menggunakannya selepas Mate 20.



Kedua, Magic 2 akan dilengkapi pengecas pantas 40W yang sama seperti Huawei Mate 20. Pengecas ini boleh mengecas penuh bateri 4,200mAh di Mate 20 Pro dalam masa 1 jam sahaja, atau 70% penuh dalam masa 30 minit. Bagaimanapun, Magic 2 dimaklumkan akan dipasang bateri 3,400mAh sahaja. Lagi cepat nak cas.

Ketiga, skrin Magic 2 hampir tiada bingkai. Skrinnya mencecah hujung badan telefon di setiap sudut kiri, kanan, atas dan bawah. Tiada langsung ruang untuk kamera hadapan serta pengimbas capjari. Jadi di manakah kamera depannya?



Itu membawa kepada perkara keempat, kamera hadapan yang tersorok. Magic 2 dilihat menggunakan mekanisma seperti OPPO Find X, di mana kamera hadapan tersimpan di belakang skrin dan dikeluarkan dengan menggelungsur keluar modul kamera.

Tetapi bukan begitu caranya bagi Magic 2. Berbanding mengeluarkan modul kamera yang tersimpan di belakang skrin, Magic 2 memerlukan pengguna menggelungsur ke bawah skrin untuk menampakkan modul kamera yang tersimpan di belakang. Konsep ini seperti BlackBerry PRIV, cuma skrin PRIV perlu digelungsur ke atas untuk akses ke papan kekunci fizikal. Manakala skrin Magix 2 perlu digelungsur ke bawah untuk akses ke modul kamera hadapan.

Dari gambar tersebut, honor Magic 2 memiliki tiga kamera belakang yang disusun menegak, rupa yang sama terdapat di Huawei P20 Pro. Ia juga dikatakan menggunakan sensor yang sama seperti P20 Pro iaitu gandingan sensor biasa 16MP, sensor monokrom 24MP dan sensor telefoto 16MP.

Pengimbas capjari fizikal juga tidak kelihatan di belakang telefon Magic 2. Ini membawa kepada dua kemungkinan, sama ada menggunakan pengimbas capjari di dalam skrin, atau tiada langsung dan bergantung pada pengecaman wajah sahaja.

Selain cip Kirin 980, Magic 2 akan memiliki perkakas seperti RAM 8GB dan storan 128GB. Ia juga akan menjalankan sistem operasi Android 9 Pie dengan antaramuka EMUI 9. Terdapat dua warna Magix 2 yang dikongsikan, kedua-duanya dengan efek gradient iaitu biru dan merah.

Dengan kehebatan sebegini, mampukah honor meletakkan harga mengejutkan bagi Magic 2, seperti kebanyakan peranti mereka yang lain? Kita tunggu majlis pelancarannya pada 31 Oktober nanti.

[Sumber: GSMArena, weibo]

Tags: honorhonor Magic 2kirin 980
Najib

Najib

POPULAR

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

20 Mac 2023
Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

21 Mac 2023
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Nak telefon unik dengan pelekat & warna idaman? Semuanya boleh dengan Galaxy Z Flip4 Bespoke

1 Disember 2022

Tahu tak, telefon siri Galaxy A ada kecerdasan pintar seperti Jarvis?

29 Mac 2023
honor Magic 2 ada skrin dan kamera ajaib

honor Magic 2 ada skrin dan kamera ajaib

24 Oktober 2018
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

1 Disember 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER