• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

NOVAember ialah bulan Nova 3 dan Nova 3i turun harga

  • OLEH Najib
  • 12:06 pm
  • 01/11/2018
  • Komen
NOVAember ialah bulan Nova 3 dan Nova 3i turun harga
Share on FacebookShare on Twitter

Siri nova adalah siri telefon pintar Huawei yang popular kerana ia menawarkan peranti berprestasi tinggi pada harga mampu milik. Model terbaru mereka, nova 3 dan nova 3i baru dilancarkan pada bulan Julai lepas dan kini, ia diumumkan mengalami penurunan harga.

Semasa pelancarannya pada bulan Julai lepas, nova 3 diumumkan berharga RM1,899 dan nova 3i pula RM1,249. Tiba 1 November hari ini, nova 3 dipotong RM200 dan nova 3i dipotong RM150 menjadi:



  • Huawei nova 3 – RM1,699 RM1,899
  • Huawei nova 3i- RM1,099 RM1,249

Terdapat empat warna disediakan untuk nova 3 iaitu Hitam, Merah, Emas Primrose dan Purple (ala Twilight). Manakala tiga warna pula bagi nova 3i iaitu Hitam, Putih dan Purple (ala Twilight).

Kedua-dua telefon pintar ini juga baru sahaja menerima kemaskini perisian kamera, di mana ia membolehkan nova 3 dan nova 3i mengambil gambar waktu malam dengan lebih jelas, terang dan tidak bergegar menerusi fungsi Night Shot yang sama seperti Huawei P20 Pro.



Memiliki banyak persamaan perkakas dengan Huawei P20, nova 3 dikelaskan sebagai peranti kelas pertengahan premium. Ia dibekalkan cip AI Kirin 970 di dalam, bersama 6GB RAM dan 128GB storan dalaman.

Ia memiliki 4 kamera, dwi-kamera belakang gandingan sensor monokrom 24MP F1.8 dan sensor RGB 16MP F1.8, serta dwi-kamera depan gandingan sensor 24MP F2.0 dan 2MP F2.4. Skrinnya berukuran 6.3-inci FHD+, dengan bateri 3,750mAh yang menyokong pengecas pantas 9V/2A melalui USB-C.

Huawei nova 3

nova 3i pula adalah peranti yang lebih mampu milik, dengan rupa luar yang sama seperti nova 3. Ia menggunakan cip Kirin 710 (dikatakan sebaik Snapdragon 660), RAM sebanyak 4GB dan storan dalaman 128GB.

Spesifikasi skrinnya sama, 6.3-inci, FHD+, 19.5:9 dan takuk besar di dahi. Tetapi baterinya sedikit kecil, 3,340mAh dan dicas melalui port mikroUSB dengan pengecas 5V/2A diberikan.

Huawei nova 3i

Empat kamera juga terdapat di nova 3i, tetapi spesifikasi berbeza. Di belakang, ia adalah gabungan sensor 16MP+2MP. Di depan pula, 24MP+2MP menandakan ia lebih kepada peminat swafoto.

Harga baru nova 3 dan nova 3i ini berkuatkuasa 1 November 2018 dan boleh didapati di semua Stor Huawei Experience, Stor Online Huawei, pengedar sah serta syarikat penyedia telekomunikasi. Pembelian nova 3 dan nova 3i juga akan datang bersama kad VIP Nova yang menyediakan hadiah dan ganjaran bernilai RM1,000.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Huawei Malaysia atau kunjungi Facebook Huawei Mobile Malaysia.

Tags: HuaweiHuawei Malaysiahuawei nova 3HUAWEI nova 3inova 3nova 3i
Najib

Najib

POPULAR

SKMM kompaun Awesome TV RM250,000 atas pelbagai kesalahan, termasuk beroperasi tanpa lesen

SKMM kompaun Awesome TV RM250,000 atas pelbagai kesalahan, termasuk beroperasi tanpa lesen

25 Mei 2023
Apple pecah rekod, 8 dari 10 telefon terbanyak dijual tahun lepas adalah iPhone!

[PROMO] iPhone 13, iPhone 12 & iPhone 11 dijual pada harga serendah RM1,999

25 Mei 2023
Tiada momen yang terlepas daripada lensa Galaxy S23 Ultra, ini sebabnya

Tiada momen yang terlepas daripada lensa Galaxy S23 Ultra, ini sebabnya

27 Mei 2023
Pelan Netflix lebih murah dijangka tiba akhir tahun ini, dengan syarat tambahan

10 alternatif penstriman selain Netflix di Malaysia

31 Mei 2023
Edisi 2023: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2023: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

10 Januari 2023
Kongsi akaun Netflix akan mula dikenakan bayaran tahun hadapan

Netflix Household: Ini caranya untuk berkongsi akaun

26 Mei 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER