• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Netflix perkenal pelan lebih murah RM17/bulan

  • OLEH Najib
  • 11:04 am
  • 14/11/2018
  • Komen
Netflix perkenal pelan lebih murah RM17/bulan
Share on FacebookShare on Twitter

KEMASKINI: Netflix menyatakan pelan Mobile ini adalah ujian mereka untuk menilai respon orang ramai di beberapa negara terpilih. Ia masih belum ditetapkan dan mungkin terdapat perubahan pada pelan ini, atau mungkin tidak diteruskan.

Netflix adalah penyedia servis penstriman video yang popular, tetapi ia memiliki harga yang agak premium berbanding pesaing yang lain. Malah, ia sering menaikkan harga langganannya di beberapa buah negara.



Netflix mempunyai tiga pelan langganan iaitu:

  • Netflix Basic (1 skrin): RM 33/bulan
  • Netflix Standard (2 skrin): RM 42/bulan
  • Netflix Premium (4 skrin): RM 51/bulan

Kini di laman langganan Netflix, mereka menyenaraikan satu lagi pelan yang lebih murah. Dengan RM 17/bulan, pengguna boleh menonton semua kandungan Netflix tanpa had.



  • Netflix Mobile (1 skrin): RM 17/bulan

Tetapi pelan ini hanya boleh diakses di aplikasi peranti mudah alih sahaja. Ia juga tiada pilihan menonton di resolusi tinggi HD mahupun Ultra HD. Hanya satu tontonan boleh dibuat pada masa yang sama.

Baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif Netflix, Reed Hasting menyatakan hasrat mereka untuk menambah pelanggan mereka di Asia, dengan sasaran 100 juta pelanggan di India sahaja.

Netflix juga telah melabur banyak di Asia, kini dalam proses menghasilkan lebih 100 filem dan siri bersama rakan-rakan di Asia. Mereka telah membuka pejabat urusan di Singapura, dan mahu menambah lagi di Seoul, Tokyo dan Mumbai.

Dengan pelan baru yang lebih mampu dilanggan, Netflix boleh memberi saingan sengit kepada penyedia servis penstriman lain seperti:

  • iflix: RM 10/bulan
  • Viu: RM 10/bulan
  • DimSum: RM 13.90/bulan

Kepada yang belum melanggan Netflix, adakah anda akan melanggannya dengan bayaran RM17 ini sekarang? Layari laman web http://www.netflix.com/my di peranti mudah alih anda untuk melanggan pelan baru Netflix Mobile ini.

Tags: Netflix
Najib

Najib

POPULAR

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

13 Mei 2022
Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

18 Mei 2022

Penerbangan ditunda atau dibatalkan? Ini cara & pampasan yang boleh anda tuntut

12 Mei 2022
Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

9 Mei 2022
2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

9 Mei 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER