• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Penyebar Munafik 2 secara haram di Facebook di denda RM100,000

  • OLEH Najib
  • 3:53 pm
  • 15/11/2018
  • Komen
Penyebar Munafik 2 secara haram di Facebook di denda RM100,000
Share on FacebookShare on Twitter

Akibat menyebarkan filem Munafik 2 tanpa kebenaran di Facebook, seorang pemuda diarahkan membayar RM100,000 sebagai ganti rugi kepada Skop Productions Sdn Bhd. Perkara itu disahkan oleh pengarahnya, Syamsul Yusof menerusi akaun instagramnya.

Menurut Syamsul, kemenangan ini bukanlah di sini sahaja tetapi ia menjadi amaran dan pengajaran buat semua di masa depan. Kes ini juga adalah yang pertama dalam sejarah industri perfileman tempatan apabila Skop Productions mengheret individu tidak bertanggungjawab memuat naik filem tanpa kebenaran ke mahkamah.



https://www.instagram.com/p/BqGwpjcHy7Y/

Munafik 2 adalah filem melayu pertama yang berjaya mengutip RM40 juta di pawagam dalam masa 17 hari tayangan.



Dalam keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Taiping, defendan Muhammad Izwan Shah Kamal Shah diarahkan membayar sebanyak RM100,000 kepada Skop Productions. Defendan juga dihalang melanggar hak cipta plaintif-plaintif untuk filem Munafik 2, memuat naik mana-mana bahagian daripada filem berkenaan dalam apa-apa bentuk dalam media sosial dan platform lain, tanpa keizinan plaintif-plaintif.

Tindakan mahkamah ini diambil oleh Pengarah Urusan Skop Productions, Datuk Yusof Haslam dan Syamsul apabila terdapat individu melanggar hak cipta filem dengan memuat naik filem Munafik 2 ke media sosial Instagram dan Facebook. Mereka juga membuat laporan polis berkenaan hal ini di Balai Polis Setapak, Kuala Lumpur pada 20 September lalu.

Muhammad Izwan juga berkongsi rasa bersalahnya menerusi status Facebook. Beliau menyatakan bersyukur hanya diarahkan membayar RM100,000 dan tidak dikenakan hukuman penjara. Beliau juga berpesan, kecanggihan dunia zaman sekarang membuatkan sebarang mesej anda di alam maya boleh dikesan dengan mudah.

Pendek kata, jangan suka-suka berkongsi benda di alam maya. Terutama yang bukan hak kita. Malah, semak dulu sebarang berita yang ingin disebarkan kerana sebaran berita palsu juga boleh dikenakan tindakan, seperti kes seorang guru di Tawau.

[Sumber: Harian Metro]

Tags: Munafik 2
Najib

Najib

POPULAR

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Penyebar Munafik 2 secara haram di Facebook di denda RM100,000

Penyebar Munafik 2 secara haram di Facebook di denda RM100,000

15 November 2018
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Kerajaan tawar diskaun tol 50% selama 2 hari sempena Aidilfitri untuk kenderaan Kelas 1

Deepavali 2026: Nikmati diskaun tol 50% pada 6 dan 7 November ini

5 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN