• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy A9 dengan 4 kamera ada promosi jualan awal istimewa

  • OLEH Najib
  • 12:09 pm
  • 21/11/2018
  • Komen
Samsung Galaxy A9 dengan 4 kamera ada promosi jualan awal istimewa
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon pertama di dunia dengan empat lensa kamera belakang akan mula dijual di Malaysia minggu ini. Samsung turut akan mengadakan promosi jualan awal istimewa, untuk Galaxy A9 (2018) di beberapa lokasi di seluruh Malaysia.

Pada 23-25 November 2018, Samsung membuka jerayawara di tiga lokasi iaitu:



  • 1 Utama Shopping Mall, Selangor
  • Gurney Plaza, Pulau Pinang
  • City Square, Johor Bahru

Pembeli terawal Galaxy A9 (2018) di tiga lokasi ini berpeluang untuk membawa pulang hadiah percuma berupa:

  • Speaker Bluetooth JBL GO2
  • Kad memori mikroSD 128GB
  • Powerbank 10,000mAh dengan pengecasan pantas
  • Pelan Perlindungan Skrin
  • Tiket pawagam TGV
  • Spotify Premium

Bagaimanapun, Samsung membahagikan hadiah percuma ini dalam unit terhad, yang berbeza mengikut lokasi. Maklumat lanjut tentang pembahagian hadiah ini boleh disemak di laman promosi Galaxy A9 Roadshow, bahagian Terms & Condition.



Masalahnya, Samsung masih belum mengumumkan harga jualan Galaxy A9 di Malaysia. Mungkin ia akan diumumkan pada hari jualan. Tetapi untuk rujukan, kita boleh bandingkan harga jualannya di Singapura, iaitu SGD798 (~RM2,222). Macam ada kemungkinan harga di Malaysia melebihi RM2,000.

KEMASKINI: Harga jualan runcit Samsung Galaxy A9 (2018) di Malaysia ialah RM1,999.

Galaxy A9 (2018) dilancarkan bersama Galaxy A7 (2018) pada awal Oktober lepas. Ia dinobatkan sebagai telefon pintar pertama di dunia dengan empat lensa kamera belakang. Lensa-lensa tersebut memainkan peranan berbeza iaitu:

  • Lensa ultra lebar, 8MP F2.4
  • Lensa telefoto, 10MP F2.4
  • Lensa utama, 24MP F1.7
  • Lensa kedalaman, 5MP F2.2

Dengan lensa sebegini, ia memberi kelebihan untuk menangkap gambar lebih lebar, lebih dekat seperti zum optikal, serta efek bokeh dengan pengesanan tahap kedalaman. Beberapa fungsi kamera baru di Galaxy Note9 juga terdapat pada Galaxy A9 ini seperti fungsi Scene Optimiser yang memastikan gambar terbaik dirakam, serta fungsi Depth Lens yang membolehkan kadar bokeh diubahsuai sebelum atau selepas gambar ditangkap.

Bagi kamera hadapan, ia menggunakan sensor 24MP F2.0 bagi tangkapan swafoto.

Kuasa dalaman Galaxy A9 digerakkan oleh cip pemproses Snapdragon 660 8-teras, bersama RAM sebanyak 6GB dan storan dalaman 128GB. Ia juga menyokong storan tambahan mikroSD sehingga 512GB melalui slot dedikasi.

Skrinnya berukuran 6.3-inci tidak bertakuk, menggunakan paparan Super AMOLED dengan resolusi HD Penuh+ 2280×1080. Baterinya sebesar 3,800mAh dan ia menyokong pengecasan pantas Samsung Adaptive melalui sambungan USB-C.

Terdapat tiga warna pilihan untuk Galaxy A9 iaitu Caviar Black, Lemonade Blue dan Bubblegum Pink. Maklumat lanjut tentang telefon ini boleh didapati di laman produk Galaxy A9 2018.

Kenali juga Galaxy A9 2018 dengan lebih dekat, melalui video pengenalan kami di bawah ini.

 

Tags: Galaxy A9Galaxy A9 2018samsung
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Samsung Galaxy A9 dengan 4 kamera ada promosi jualan awal istimewa

Samsung Galaxy A9 dengan 4 kamera ada promosi jualan awal istimewa

21 November 2018
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER