Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Dapatkan OPPO R17 Pro lebih murah dan mudah di Celcom

OPPO R17 Pro telah dilancarkan di Malaysia minggu lepas, dengan harga jualannya RM2,699. Tempahan awal telah dibuka selepas pelancarannya, dari 22 hingga 30 November 2018.

Orang ramai yang berminat memiliki OPPO R17 Pro ini, boleh mendapatkannya dari stor OPPO di seluruh Malaysia, ataupun di Celcom, senQ dan Senheng.

SenQ dan Senheng menawarkan jaminan tambahan 1-tahun jika membeli OPPO R17 secara ansuran 24-bulan. Pembelian OPPO R17 Pro di senQ dan Senheng juga akan menerima hadiah percuma berupa gelang pintar Neo Smartwatch bernilai RM389.

Di Celcom pula, mereka menawarkan OPPO R17 Pro secara kontrak ataupun ansuran. Dengan kontrak 24-bulan, harga OPPO R17 Pro akan menjadi semakin murah mengikut pelan yang dilanggan. Melanggan pelan Celcom Mobile Platinum Plus dengan kadar RM188 sebulan, membolehkan pengguna membeli OPPO R17 Pro pada harga RM1,378 sahaja.

Untuk ansuran mudah, Celcom menawarkan EasyPhone Rent dan EasyPhone Own. EasyPhone Rent adalah program sewaan telefon dengan bayaran bulanan selama 24 bulan. Pengguna boleh bertukar ke telefon lain selepas 24-bulan, atau memiliki telefon tersebut dengan sedikit bayaran tambahan. Easyphone Own pula adalah skim ansuran bulanan selama 24-bulan, di mana pengguna diberi peluang menaik taraf ke telefon baru sebelum tamat 24-bulan.

Untuk OPPO R17 Pro, Celcom menawarkan kadar rata RM111 sebulan dengan EasyPhone Rent bersama mana-mana pelan pascabayar Celcom, dari serendah RM45 sebulan. Bagi program EasyPhone Own, OPPO R17 Pro boleh dimiliki dengan bayaran RM123 sebulan, bersama mana-mana pelan pascabayar Celcom.

Tempahan awal OPPO R17 Pro di Celcom dari 22 hingga 30 November turut akan menerima gelang pintar Neo Smartwatch bernilai RM389 secara percuma. Maklumat lanjut berkenaan program Celcom Easyphone boleh dirujuk di sini.

BACA  Gambar terbocor iPhone 12 ada kamera berbeza dari iPhone 11

Kenali OPPO R17 Pro lebih lanjut melalui reviu kami di sini, serta ujian kamera OPPO R17 Pro kami di sini.