• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

5 Kunci Perbezaan Snapdragon 855 Dengan 845

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:45 am
  • 06/12/2018
  • Komen
5 Kunci Perbezaan Snapdragon 855 Dengan 845
Share on FacebookShare on Twitter

Khabar angin tentang CPU Snapdragon 8150 yang akan memperkasa flagship 2019 meleset sama sekali apabila Qualcomm mengumumkan Snapdragon 855 sebagai kemaskini kepada model 845 yang diumumkan tahun 2017 yang lalu. Tapi saya yakin yang beza cumalah namanya tapi spesifikasinya tetap mantap. Ini adalah 5 penambahbaikkan yang dibawakan Qualcomm pada cip flagship yang diumumkan mereka di Hawaii.

 

1. Teras Heterogenus Tak Seimbang Berikan 45% Suntikan Prestasi

Snapdragon 855 tidak lagi mengikut bulat-bulat konsep big.LITTLE yang digunakan mereka dalam pembangunan CPU. Misalnya, dalam Snapdragon 845, anda boleh temui 4 teras big dan 4 teras LITTLE. Tapi dalam Snapdragon 855, 8 teras dibahagikan dalam tiga kluster tapi tak sama bilangan teras antara satu sama lain iaitu:



  • 1 teras Kryo 485 Gold @ 2.84 Ghz
  • 3 teras Kryo 485 Gold @ 2.42 Ghz
  • 4 teras Kryo 485 Silver @ 1.80 Ghz

Sumber Gambar

Walau bagaimanapun, matlamat kaedah ini masih jelas iaitu untuk memaksimumkan prestasi dan pada masa yang sama mengoptimumkan penggunaan bateri. Teras yang berbeza kelajuan memastikan setiap tugasan pengkomputeran diberikan pada bahagian yang paling layak untuk memprosesnya.



Ia diterjemahkan kepada hampir 50% peningkatan, paling besar dalam sejarah Qualcomm setakat ini.

2. Penggunaan acuan 7nm

Litografi silikon kini mencapai saiz 7nm. Angka 7nm melambangkan saiz sebuah transistor yang ada. Untuk perspektif, jika hemisfera utara bumi ini adalah cip Snapdragon 855, saiz transistor padanya hanyalah sebesar bola sepak saiz 5 piawaian FIFA.

7nm architecture ✔️
Insane battery life ✔️
Best-in-class CPU ✔️
Fast graphics rendering ✔️
First ultrasonic fingerprint sensor under display ✔️
= Unimaginable performance and power efficiency#Snapdragon855 #SnapdragonSummit pic.twitter.com/eZ4A2gzxBI

— Qualcomm (@Qualcomm) December 5, 2018

Disebabkan saiz sebuah transistor semakin kecil, lebih banyak transistor ini boleh dimuatkan di atas satu wafer silikon dan seterusnya menyumbang pada prestasi mantap pada cip itu.

3. Mampu tampung sensor pengimejan sehingga 48MP

Snapdragon 855 turut miliki pemproses isyarat imej yang baru. Spectre 380 ISP mampu memproses imej yang diambil daripada sensor sehingga 48MP ataupun 22MP jika menggunakan konfigurasi dwikamera.

Antara manfaat yang boleh dicanai daripada ISP baru ini adalah seperti:

  • Teknologi Computer Vision yang lebih pantas
  • Pertama di dunia yang boleh rakam video 4K HDR dengan mode potret

Ia tidaklah menjanjikan kamera ultraresolusi pada tahun depan. Tapi jika pengeluar sensor seperti Sony ingin menghasilkan sensor sekuasa itu untuk telefon pintar, mereka akan tahu yang cip ini mampu menampungnya.

4. Adreno 640 janjikan prestasi GPU 20% lebih baik

GPU penting untuk memberikan pengalaman gaming yang lancar. Pada Snapdragon 855, Qualcomm menyatakan ia adalah 20% lebih baik berbanding sebelumnya. Ia juga adalah pertama yang menyokong Vulkan 1.1.

Cip ini mampu menyokong media seperti:

  • HDR10+
  • Dolby Vision
  • Main semula video 8K 360 darjah

5. Modem Snapdragon X50 Tembusi Capaian 5G

Pengguna dahagakan capaian Internet yang lebih pantas dan Qualcomm menjawabnya dengan Modem X24 LTE mereka. Ia adalah modem pertama yang menyokong kelajuan LTE Category 20.

Dengannya kelajuan muat turun maksimum 2GBps boleh dicapai manakal kelajuan muat turun adalah 316Mbps.

Bergantung pada pengeluar telefon, mereka boleh menempah Snapdragon 855 yang gunakan modem X50 5G untuk menikmati teknologi 5G.

[Sumber: AnandTech]

Tags: QualcommQualcomm Snapdragonqualcomm snapdragon 855
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

5 Kunci Perbezaan Snapdragon 855 Dengan 845

5 Kunci Perbezaan Snapdragon 855 Dengan 845

6 December 2018
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

21 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026
Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

22 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN