• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Beli telefon hanya RM1 dengan Hotlink Postpaid Flex Plus

  • OLEH Najib
  • 6:38 pm
  • 07/12/2018
  • Komen
Beli telefon hanya RM1 dengan Hotlink Postpaid Flex Plus
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa diperkenalkan awal tahun ini, pascabayar Hotlink Postpaid Flex hanya memiliki satu pelan asas, RM30 sebulan bersama 1GB data, serta panggilan dan SMS tanpa had. Pengguna diberi pilihan untul membeli data tambahan, yang dikumpulkan dalam beberapa kumpulan seperti media sosial, strim muzik atau chat.

Kini Hotlink meluaskan lagi tawaran mereka dengan memperkenalkan dua lagi pelan asas, Flex 40 dengan 5GB data, serta pelan Flex Plus 60 bersama 10GB data. Ia juga disertakan panggilan dan SMS tanpa had ke semua rangkaian.



Bukan itu sahaja, pelan Flex Plus 60 kini menyediakan pembelian telefon pintar dengan harga lebih murah. Dengan kontrak 24 bulan, pengguna pelan Flex Plus 60 boleh membeli telefon pintar Vivo Y81i pada harga RM1 sahaja (harga asal RM599), atau Vivo Y85 RM199 sahaja (harga asal RM899).

Vivo Y81i memiliki skrin HD+ 6.22-inci bertakuk, bateri 3,260mAh dengan kuasa cip Mediatek MT6761, RAM 2GB, dan storan 16GB. Kameranya 13MP di belakang dan 5MP di hadapan.



Vivo Y85 juga ada skrin HD+ 6.22-inci bertakuk, bateri 3,260mAh, cip pemproses Cortex A-53 8-teras, RAM 4GB dan storan 32GB. Kamera pula dwi-lensa 13MP+2MP di belakang, dan 8MP di hadapan.

Dengan Hotlink Postpaid Flex, ia memberi pilihan kepada pengguna untuk melanggan pelan panggilan dan SMS tanpa had yang lebih murah, berbanding Postpaid MaxisONE, paling mura dari RM98/bulan. Malah, pelanggan Hotlink Postpaid Flex Plus juga boleh membeli telefon dengan diskaun, dari serendah RM1 sahaja.

Orang ramai boleh melanggan pelan Hotlink Postpaid Flex dan Flex Plus di peniaga Hotlink terpilih, serta semua kedai Maxis dan rakan Eksklusif Maxis di seluruh negara, bermula hari ini. Pelanggan pelan ini juga boleh menambah data tanpa had dengan membeli pas media sosial, strim muzik atau chat.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Pascabayar Hotlink Flex.

Tags: hotlinkPostpaid Flex
Najib

Najib

POPULAR

Pembayaran digital meningkat ketika COVID-19, 74% rakyat Malaysia berjaya lakukan transaksi tanpa tunai sepenuhnya

Pembayaran digital meningkat ketika COVID-19, 74% rakyat Malaysia berjaya lakukan transaksi tanpa tunai sepenuhnya

5 Ogos 2022
Apple Pay di Malaysia: Ini tutorial untuk gunakannya

Apple Pay di Malaysia: Ini tutorial untuk gunakannya

9 Ogos 2022
China akan dilarang jual telefon murah di India

China akan dilarang jual telefon murah di India

9 Ogos 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
6 perkara yang anda patut tahu tentang siri Samsung Galaxy S22

Tidak mustahil lagi menangkap gambar malam di bandar dengan Samsung Galaxy S22 Nightography

29 Jun 2022
Barang Lazada & Shopee yang dihantar dari luar negara bakal dicukai 10% bermula 2023

Barang Lazada & Shopee yang dihantar dari luar negara bakal dicukai 10% bermula 2023

5 Ogos 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER