• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mi Play peranti bergaya untuk pengguna muda remaja

  • OLEH Najib
  • 6:46 pm
  • 24/12/2018
  • Komen
Mi Play peranti bergaya untuk pengguna muda remaja
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas berkongsi pelbagai petunjuk, Xiaomi hari ini melancarkan Mi Play di China. Ia merupakan sebuah peranti kelas pertengahan dengan harga yang sangat rendah. Sesuai dengan imej Xiaomi.

Menggunakan nama Mi dan bukan Redmi, menandakan ia bukan peranti kelas bawahan. Tetapi spesifikasinya mengatakan sebaliknya, dengan kuasa lebih rendah dari Redmi Note 6 Pro.



Skrin Mi Play boleh dikira agak kecil untuk zaman kini. Ia memiliki skrin bertakuk titisan air seluas 5.84-inci, beresolusi HD Penuh+ dalam nisbah 19:9.

Bateri di dalam pula hanya 3,000mAh dan disertakan pengecas 5V2A sahaja. Mi Play menjalankan sistem operasi terbaru MIUI 10, tetapi berasaskan Android 8.1 Oreo.



Di dalam, Mi Play dikuasakan oleh cip Mediatek Helio P35, bersama cip grafik IMG GE8320. RAM pula dari jenis LPDDR4X sebanyak 4GB, bersama storan dari jenis eMMC 5.1 seluas 64GB. Tiada variasi lain diperkenalkan dalam pelancaran hari ini.

Untuk kamera, di belakang ia dipasang dwi-lensa 13MP+2MP dengan penstabil imej elektronik (EIS). Manakala kamera hadapan menggunakan lensa 8MP untuk swafoto berkuasa AI.

Seimbas pandang, Mi Play bukanlah sebuah telefon yang disasarkan untuk bermain game, apatah lagi dengan bateri 3,000mAh yang dikira kecil. Ia lebih kepada telefon pintar bergaya untuk muda-mudi.

Ini dapat dilihat menerusi pilihan warna yang ditawarkan, dua darinya memiliki efek gradient iaitu biru dan emas twilight. Satu lagi berwarna hitam. Menambah lagi rupa bergaya telefon ini ialah penggunaan kaca Corning Gorilla Glass 5 di belakang.

Di China, Mi Play akan mula dijual pada 25 Disember 2018 dengan harga RMB1,099 (~RM664) sahaja. Malah, ia datang bersama 10GB data internet berkelajuan tinggi percuma setiap bulan, selama 12 bulan. Dari julat harga ini, ia terletak sekelas dengan Redmi 6.

Belum ada berita tentang penjualannya di luar China. Mungkin juga ia akan diperkenalkan dengan nama lain bagi pasaran antarabangsa. Adakah kelak ia akan dikenali sebagai Redmi 7? Kita tunggu dan lihat.

[Sumber: Gadgets360]

Tags: Mi Playxiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Mi Play peranti bergaya untuk pengguna muda remaja

Mi Play peranti bergaya untuk pengguna muda remaja

24 December 2018
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN