Asus ZenFone Max Pro M2 adalah sebuah telefon kelas pertengahan yang baik. Ia ada CPU berkuasa, paparan luas, dan bateri superbesar pada harga amat kompetetif.
Tapi tidak bermakna ia adalah sebuah telefon yang sempurna. Paling ketara adalah pada bahagian pengimejan, sungguhpun ada dwikamera belakang 12MP dan 5MP, sensor yang mantap itu tidak ditemani APP kamera yang sama mantap.
UI APP Kamera pada Asus adalah yang paling tak intuitif pernah saya gunakan. Mode panorama, perkara yang paling asas pun tiada. Yang ada cumalah mode sukan dan malam, selain mode pro.
Tapi, anda mungkin boleh mengubati kekurangan itu dengan memasang aplikasi kamera yang boleh ditemui pada telefon flagship Google Pixel.
Ini adalah artikel berkaitan cara memasang APP kamera Google Pixel (GCam) pada sebuah Asus ZenFone Max Pro M2 tapi ia turut boleh digunakan pada Max Pro M1
Tapi sebelum anda teruskan dengan proses ini, anda perlu ketahui bahawa ini bukanlah proses yang ditauliahkan Asus dan ia disediakan atas asas “as-is”. Kami di SoyaCincau tak boleh dipertanggungjawabkan atas kerosakan yang berlaku.
Terus ke halaman seterusnya untuk rukun-rukun memasang GCam.
[nextpage title=”Langkah Memasang Kamera GCam Pada ZenFone Max Pro M2″]Anda berada di halaman ini bermakna anda setuju dengan risiko-risiko yang anda hadapi.
Sebelum memasang APK untuk kamera Google Pixel, kita perlu mengaktifkan satu fungsi yang dinyahaktif pada sistem android anda iaitu Camera Hal3, jika tak diaktfikan, walaupun anda berjaya memasang APP kamera Google Pixel, ia tak mungkin akan berjalan.
Langkah pertama adalah anda perlu pastikan anda ada fungsi adb fastboot pada komputer anda. Jika tiada, versi terbaru, 1.4.3 boleh dimuat turun di sini.
Kemudian, di telefon, anda perlu aktfikan fungsi USB Debugging pada telefon anda. Pergi ke Setting>System pada teks About Phone, tap beberapa kali sehingga ada mesej tentang Developer Option diaktifkan. Pergi ke Developer Option, dan tick USB Debugging.
Langkah seterusnya adalah sambungkan telefon ke komputer menggunakan kabel mikro-USB.
Pergi ke folder ADB Fastboot yang telah anda muat turun dan ekstrak sebentar tadi. Sambil tekan butang Shift pada papan kekunci, tekan kanan pada tetikus untuk keluarkan tetingkap pop-up, cari opsyen Open PowerShell Window Here.
Dalam tetingkap CMD, taip arahan…
.\adb reboot bootloader
Ini adalah arahan untuk reset-kan telefon masuk ke mode Fastboot.
Kemudian, taip arahan…
.\fastboot devices
arahan ini untuk memeriksa sama ada komputer mengesan telefon anda di komputer atau tidak. Jika ada, sepatusnya ia akan keluarkan beberapa nombor siri.
Jika tidak dikesan, bermakna driver Asus Fastboot Interface tidak wujud dalam komputer. Driver-nya boleh ditemui di sini. Setelah pasang, anda perlu ke bahagian Windows Device Manager di komputer anda untuk Update Driver.
Jika semuanya berjalan lancar, paparan berikut akan kelihatan.
Seterusnya, taip arahan…
.\fastboot oem enable_camera_hal3 true
untuk aktifkan tetapan HAL3. Jika berjaya, mesej OKAY, FINISHED akan keluar.
Langkah terakhir adalah memasang APP GCam daripada halaman ini. Sepatutnya mana-mana versi akan berfungsi kecuali yang dikhaskan untuk peranti yang dijana CPU Exynos ataupun Kirin.
Saya cuba : Arnova’s v8.3b1
Kelebihan GCam Berbanding Stock Kamera
Paling saya tak gemar dengan kamera stok Asus adalah ia tiada cara nak hidupkan grid 3 x 3, ia amatlah penting untuk bantu saya melakukan framing gambar.
Kemudian, mode Panorama malah, Photo Sphere ada di GCam tapi tiada pada kamera stock.
Kelebihan ketiga adalah fungsi bokeh GCam memang legenda. Hanya gunakan satu kamera, simulasi bokeh boleh dilakukan.
Tapi, disebabkan ia di-port masuk daripada Google Pixel, ada beberapa benda yang tak berfungsi mungkin akibat kekangan hardware. Contohnya, mode potret untuk kamera depan tidak berfungsi dan slow-mo 120fps kamera belakang agak lag.