• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Switch bagi peluang baru untuk diskaun tukar bateri iPhone

  • OLEH Najib
  • 8:24 pm
  • 04/01/2019
  • Komen
Switch bagi peluang baru untuk diskaun tukar bateri iPhone
Share on FacebookShare on Twitter

Tahun lepas, Apple menawarkan program penggantian bateri untuk iPhone selepas dikecam memperlahankan prestasi telefon pintar mereka, untuk memanjangkan hayat bateri. Pengguna iPhone di Malaysia dikenakan bayaran RM121 sahaja untuk menggantikan bateri telefon mereka.

Tetapi diskaun program penggantian bateri ini tamat pada 31 Disember 2018.



Jika anda terlepas menikmati diskaun program tadi, usah risau. Switch Malaysia mengumumkan untuk memanjangkan promosi ini, pada harga lebih mahal sedikit. RM199 untuk menggantikan bateri, termasuk kos upah dan pemasangan.

Bagaimanapun, terdapat banyak perbezaan dalam promosi Switch ini. Program ini tidak lagi memiliki tempoh masa, sebaliknya selagi stok masih ada. Switch tidak pula memaklumkan berapa banyak stok yang disediakan.



Model iPhone yang terlibat dalam promosi Switch ini juga sedikit. iPhone X tidak lagi termasuk dalam promosi. Hanya iPhone SE, iPhone 6, iPhone 6 Plus, iPhone 6s, iPhone 6s Plus, iPhone 7, iPhone 7 Plus, iPhone 8 dan iPhone 8 Plus, yang disenaraikan Switch di dalam promosi ini. Bagi iPhone X, mengganti bateri dikenakan bayaran RM250, tidak termasuk upah diagnostik RM100.

Switch juga memaklumkan, mereka mengambil masa sekurang-kurangnya 1 hari bekerja untuk menggantikan bateri. Tetapi masa yang lebih panjang mungkin diperlukan, bergantung pada kondisi telefon. Switch juga tidak menyediakan telefon untuk dipinjam.

Program ini ditawarkan untuk iPhone yang pernah dibaiki di pusat servis rasmi sahaja. Jika anda pernah membaiki iPhone di tempat lain yang tidak rasmi, maka ia tidak layak menerima diskaun dalam promosi Switch. Sebarang kerosakan lain akan dikenakan cas biasa, jika ada sebelum dapat menggantikan

Seperti biasa, pengguna diminta untuk menyalin semua data mereka di dalam iPhone sebelum dihantar untuk diganti bateri. Switch tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan data.

Untuk maklumat lanjut tentang diskaun dari Switch ini, layari laman promosi Switch iPhone Battery RM199.

Tags: appleiphoneSwitch
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Switch bagi peluang baru untuk diskaun tukar bateri iPhone

Switch bagi peluang baru untuk diskaun tukar bateri iPhone

4 January 2019
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN