fbpx

MYTV akan edar 1.5 juta dekoder percuma bermula bulan Januari

Sebanyak 1.5 juta unit dekoder MYTV akan diedarkan bermula bulan ini oleh MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV), demikian dilaporkan oleh TheStar. Ia merupakan sebahagian dari inisiatif kerajaan untuk mengubah siaran TV analog ke digital.

Dengan pemberhentian siaran TV analog, ia akan membuka semula ruang kepada band 700Mhz yang digunakannya. Spektrum ini akan digunakan semula untuk meluaskan lagi liputan telekomunikasi LTE. Secara teori, band 700MHz boleh memberikan liputan dua kali lebih jauh berbanding band 1800MHz.

Siaran TV analog di Malaysia sepatutnya telah ditamatkan perkhidmatan pada 30 Jun 2018, tetapi ditangguhkan ke suku kedua tahun 2019. MYTV ialah syarikat yang dimiliki oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, telah diminta untuk menyelesaikan peralihan ke siaran TV Digital mengikut masa yang ditetapkan atau akan diambil tindakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Kenyataan ini dikeluarkan berikutan pertanyaan orang ramai yang menerima surat yang menyatakan mereka layak menerima dekoder MYTV percuma. Menurut MYTV, penerima dekoder percuma ini dipilih dari senarai Bantuan Sara Hidup Rakyat (BHSR).

Mereka yang layak dari senarai BHSR ini, akan mendapat surat yang memaklumkan mereka telah dipilih untuk menerima dekoder percuma. Mereka yang telah menerima surat ini, perlu menghubungi MYTV untuk pengesahan. MYTV bekerjasama dengan Pos Malaysia untuk urusan penghantaran ke alamat yang telah didaftarkan di dalam BHSR. Alamat ini tidak boleh diubah ke tempat lain.

Ketua Pegawai Eksekutif MYTV, Michael Chan, meminta maaf atas kepada orang ramai yang cuba menghubungi MYTV tetapi tidak berjaya kerana terlalu banyak panggilan yang diterima MYTV. Tempoh tamat memberi balasan dalam masa 7-hari, telah dilanjutkan sehingga 31 Januari 2019.

BACA  Dua telefon 5G Xiaomi akan diperkenal minggu depan

Tambah Chan lagi, orang ramai boleh berhubung dengan MYTV menggunakan saluran alternatif seperti Facebook, emel dan juga WhatsApp seperti di bawah:

Kalau dah dapat dekoder percuma ni, boleh belajar cara memasang dan menggunakannya dalam tutorial kami di sini:

[Sumber: TheStar]