• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Powerbank meletup dalam pesawat Royal Brunei Airlines berjaya diuruskan dengan baik

  • OLEH Najib
  • 10:52 am
  • 07/01/2019
  • Komen
Powerbank meletup dalam pesawat Royal Brunei Airlines berjaya diuruskan dengan baik
Share on FacebookShare on Twitter

Minggu lepas, satu insiden berkenaan powerbank meletup dalam pesawat telah dilaporkan. Pesawat berkenaan miliki Royal Brunei Airlines, sedang dalam perjalanan dari Hong Kong ke Bandar Seri Begawan ketika kejadian tersebut berlaku.

Bagaimanapun, tiada kecederaan serius dilaporkan dan kru kabin pesawat telah bertindak dengan cekap dan pantas menangani insiden tersebut.



Video tentang kejadian tersebut telah tular di media sosial. Ia menunjukkan bagaimana kru kabin pesawat Royal Brunei Airlines BI636 cuba memadamkan api menggunakan pemadam api di dalam pesawat. Selepas itu, kru kabin berjaya mengawal keadaan dan meminta penumpang duduk di kerusi masing-masing. Pesawat telah mendarat dengan jayanya di Bandar Seri Begawan dengan kelewatan 13 minit.

 

Royal Brunei Airlines memaklumkan:



Kru kabin kami dilatih untuk mengikuti prosedur operasi standard bagi menangani insiden tersebut secara profesional dan memastikan keselamatan penumpang kami pada setiap masa. Kami mempunyai peralatan keselamatan yang disyorkan di atas kapal pada setiap masa.

Syarikat penerbangan itu juga menekankan mengenai kepentingan penumpangnya dan mengeluarkan peringatan dalam mematuhi Panduan kepada Barang Berbahaya untuk diperiksa atau dibawa ke bagasi mengikut Peraturan Kawalan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa di www.flyroyalbrunei.com, demi keselamatan semua penerbangan Royal Brunei Airlines.

Undang-undang penerbangan telah menetapkan, tiada powerbank boleh disimpan di dalam bagasi check-in. Powerbank haruslah dibawa bersama atau disimpan di dalam beg yang dibawa ke dalam kabin pesawat. Beberapa syarikat penerbangan menetapkan had kuantiti dan kapasiti powerbank yang boleh dibawa bersama.

Selain itu, pengguna juga dinasihatkan untuk mendapatkan powerbank dari jenama yang diperakui, selain menggunakan pengecas asli yang berkualiti. Powerbank murah yang tidak diketahui pengeluarnya dikhuatiri tidak memiliki ciri-ciri keselamatan, yang membuatkannya terdedah kepada risiko seperti meletup dan terbakar.

[Sumber: Mstar]

Tags: powerbankRoyal Brunei Airlines
Najib

Najib

POPULAR

Powerbank meletup dalam pesawat Royal Brunei Airlines berjaya diuruskan dengan baik

Powerbank meletup dalam pesawat Royal Brunei Airlines berjaya diuruskan dengan baik

7 January 2019
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN