Kami Nak Giveaway Honor Watch Magic Untuk Digayakan Dengan View 20 Anda

Jika anda masih belum dimaklumkan, flagship terbaru Honor, View 20 akan mula dijual di Malaysia pada 26 Januari 2019 di satu jerayawara bertempat di 1 Utama Shopping Center. Kita di Malaysia amat bertuah kerana kitalah satu-satunya pasaran Asia Pasifik yang menerima produk ini.

Apabila mula dijual kelak, Honor View 20 akan berharga;

  • RM1,999 – RAM 6GB + storan 128GB
  • RM2,499 – RAM 8GB + storan 256GB

Honor View 20 adalah telefon yang dilancarkan di Paris pada 22 Januari 2019 yang lalu. Pada spesifikasi teknikal, ia lebih mirip pada sebuah Mate 20 Pro seperti penggunaan Kirin 980, RAM sehingga 8GB, dan storan sehingga 256GB.

Tapi ia adalah kamera belakang 48MP pertama dalam keluarga Honor, dan akan jadi yang pertama dijual di Malaysia, lebih awal berbanding Nova 4. Bahagian depannya pula dilengkapi panel paparan 6.4″ dengan notch terapung untuk berikan nisbah paparan kepada badan yang luas.

Di hari pertama penjualannya, sekiranya anda adalah antara pembeli awal yang bertuah, anda akan menerima seutas jam tangan Honor Watch Magic dan beg galas, dengan nilai berjumlah RM700.

Sekiranya anda ingin dapatkan Honor Watch Magic secara berasingan, ia dijual pada harga RM599.

Giveaway Honor Watch Magic

Tapi, kami di SoyaCincau BM ingin menghadiahkan pembaca kami dengan seutas Huawei Watch Magic, takut-takut anda terlepas peluang pada 26 Januari 2019 ini.

Bukan hanya jam tangan, kami ada juga sebuah Honor Band 4 untuk diberikan untuk jadikan jumlah giveaway pada pusingan ini adalah 2!

Jika anda pernah penyertai giveaway Wiko View 2 Plus kami yang lalu, anda pastinya biasa tentang mekaniknya.

BACA  Huawei GPU Turbo 3.0 Tambah Sokongan Permainan Kepada 25 Termasuklah Fortnite

Mekanik giveaway Honor Watch Magic:

  1. Giveaway ini hanya dibuka untuk pembaca kami yang berada di Malaysia.
  2. Pada 25 Januari 2019 (Jumaat) antara jam 12:00pm dan 12:05pm, akaun SoyaCincau BM akan mengutuskan tiga (3) soalan berkaitan Honor Band 4 di ruangan komen DISQUS.
  3. Pembaca yang berikan jawapan terpantas selepas soalan diutuskan akan dihubungi oleh SoyaCincau BM untuk mengesahkan pemenang Honor Band 4.
  4. Pada 25 Januari 2019 (Jumaat) antara jam 03:00pm dan 03:05pm, akaun SoyaCincau BM akan mengutuskan tiga (3) soalan berkaitan Honor Watch Magic di ruangan komen DISQUS.
  5. Pembaca yang berikan jawapan terpantas selepas soalan diutuskan akan dihubungi oleh SoyaCincau BM untuk mengesahkan pemenang Honor Watch Magic.