• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Twitter mungkin boleh di EDIT dalam masa 5 saat

  • OLEH Najib
  • 7:20 pm
  • 04/02/2019
  • Komen
Twitter mungkin boleh di EDIT dalam masa  5 saat
Share on FacebookShare on Twitter

Keaslian ciapan di twitter boleh dikekalkan kerana ia tidak boleh diubahsuai selepas dihantar. Kalau mahu, kena delete terus tweet tersebut. Tetapi, telah sekian lama pengguna meminta fungsi edit dimasukkan ke dalam Twitter, kerana mahu membetulkan salah taip atau typo di dalam tweet.

Ciapan twitter mungkin boleh diedit tidak lama lagi, berdasarkan satu temubual CEO Twitter, Jack Dorsey bersama Joe Rogan di 9to5Mac. Bagaimanapun, ia tidak akan disediakan dengan mudah.



CEO Twitter, Jack Dorsey

Dorsey menjelaskan, Twitter masih dalam kajian untuk menambah fungsi edit. Antara cadangan yang mahu dimasukkan, ialah had masa di antara 5 ke 30 saat untuk edit dibuat selepas tweet dihantar. Lebih dari itu, tweet tersebut sudah tidak asli lagi untuk dimasukkan dalam perbincangan.



Selain itu, orang ramai juga boleh melihat tweet asal sebelum diedit. Ini untuk membolehkan ia dinilai sebagai typo yang asli, atau idea yang silap diterjemahkan ditukar kepada bentuk yang tepat.

Bagaimanapun, ia masih lagi di peringkat idea. Twitter masih belum berhasrat untuk menambah fungsi edit dalam masa terdekat.

Anda boleh menonton rakaman penuh temubual ini dalam video di bawah. Perkara berkenaan fungsi edit dibincangkan bermula pada minit 1:20:00.

https://youtu.be/_mP9OmOFxc4?t=4800

[Sumber: 9to5Mac]

Tags: Twitter
Najib

Najib

POPULAR

Twitter mungkin boleh di EDIT dalam masa  5 saat

Twitter mungkin boleh di EDIT dalam masa 5 saat

4 February 2019
Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

25 May 2026
Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

26 May 2026
Honor Magic V6 Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan hadiah bernilai RM3,797

Honor Magic V6 Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan hadiah bernilai RM3,797

26 May 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN