• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Salah mesej di Facebook Messenger boleh dipadam dalam 10 minit

  • OLEH Najib
  • 11:46 am
  • 07/02/2019
  • Komen
Salah mesej di Facebook Messenger boleh dipadam dalam 10 minit
Share on FacebookShare on Twitter

Tersilap hantar mesej di Facebook Messenger? Usah risau, selepas ini anda ada masa selama 10 minit untuk menarik semula mesej yang tersilap dihantar itu. Facebook mengumumkan, fungsi itu akan boleh digunakan bermula hari ini, di Android dan iOS.

Untuk membuangnya sangat mudah. Selepas tersilap menghantar mesej di Facebook Messenger, hanya tekan lama pada mesej itu dan pilih ‘Remove for Everyone‘. Maka teks itu akan dipadamkan pada semua pihak yang menghantar dan menerima. Bagaimanapun, satu tanda ditinggalkan, ‘You removed a message‘ untuk memberitahu ada mesej yang telah dibuang.



Bagaimanapun, ia hanya boleh dilakukan dalam masa 10 minit selepas mesej dihantar. Lebih dari itu, mesej itu kekal buat tatapan penerima.

Kami telah mencuba sendiri dan ia kelihatan telah boleh mula digunakan. Maksudnya, hantar mesej di Facebook Messenger dan padam semula dalam masa 10 minit.



Sebenarnya, fungsi membuang mesej ini timbul selepas pengasas dan CEO Facebook, Mark Zuckerberg ditemui mampu membuang mesej yang telah beliau hantar di Facebook Messenger. Apabila ditanya, Facebook mengakui bahawa mesej Zuckerberg terpadam selepas beberapa masa. Ia adalah sebahagian dari ciri keselamatan yang dipertingkatkan.

Selepas penemuan itu, orang ramai menuduh Facebook bersikap berat sebelah terhadap layanan istimewa kepada pihak pengurusan mereka. Dengan pantas, Facebook mengeluarkan janji untuk menambah fungsi membuang mesej ini kepada orang ramai tidak lama lagi.

[Sumber: Malay Mail, The Verge]

Tags: FacebookFacebook Messenger
Najib

Najib

POPULAR

Salah mesej di Facebook Messenger boleh dipadam dalam 10 minit

Salah mesej di Facebook Messenger boleh dipadam dalam 10 minit

7 February 2019
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

27 April 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN