Cari dan menang 51 unit Huawei Nova 4 di seluruh Malaysia

Huawei Nova 4 hari ini telah mula dibuka tempahannya hari ini. Jualannya di Malaysia akan bermula minggu depan pada 14 Februari 2019. Hadiah bernilai lebih RM400 menanti mereka yang membuat tempahan awal sebelum 14 Februari 2019. Manakala ganjaran VIP bernilai lebih RM1,000 tersedia untuk semua pemilik Nova 4.

Tetapi anda berpeluang untuk memiliki Nova 4 yang berharga RM1,899 ini secara percuma. Huawei Malaysia dengan kerjasama stsen radio Era, Hitz dan Gegar menganjurkan acara Amazing Nova Search. Acara ini menyediakan 51 unit Nova 4 sebagai hadiah untuk pemenang.

Amazing Nova Search ialah acara mencari harta karun yang akan diadakan di 9 pusat membeli-belah di seluruh Malaysia. Lokasi dan tarikhnya adalah seperti berikut:

Lokasi Tarikh Masa Stesen Radio Hadiah
Sunway Pyramid, Subang 14-Feb 11 AM Hitz & Era 8 unit
IOI City Mall, Putrajaya 16-Feb 11 AM Era 5 unit
Queensbay Mall, Penang 17-Feb 11 AM Era 5 unit
AEON Kinta City, Perak 17-Feb 2 PM Era 5 unit
Plaza Angsana, Johor Bahru 23-Feb 10 AM Era 5 unit
Mahkota Parade, Melaka 23-Feb 5 PM Era 5 unit
AEON Kota Bahru, Kelantan 23-Feb 11 AM Gegar 5 unit
Imago Mall, Kuching 2-Mac 11 AM Era 5 unit
Mid Valley, Kuala Lumpur 2-Mac 11 AM Hitz & Era 8 unit

Daftar Dulu

Tetapi sebelum pergi ke lokasi, mereka yang berminat menyertai pencarian harta karun ini perlu mendaftar terlebih dahulu. Pendaftaran boleh di buat di laman web Era, Hitz atau Gegar. Selain itu, pendaftaran juga boleh dilakukan dengan pergi ke mana-mana Stor Huawei Experience seminggu sebelum tarikh acara. Peserta yang mendaftar akan menerima goodies beg HUAWEI bernilai RM50.

Kongsi di Media Sosial

Pada hari acara pula, pengguna perlu berkongsi post Facebook Huawei Moble terlebih dahulu dengan ayat “I’m looking for the Huawei Nova 4! Come join the search!” bersama tagar #AmazingNova4Search dan tag 3 orang rakan. Pastikan perkongsian tersebut ditetapkan ke Public.

Cari 4 Kad

Kemudian pergi ke lokasi acara diadakan pada tarikh dan masa yang berkenaan dan cari 4 ejen Huawei Nova 4 yang berlegar di pusat membeli-belah tersebut. Setiap mereka akan memegang satu kad dengan huruf ‘N’, ‘O’, ‘V’, dan ‘A’. Klu untuk mencari ejen ini akan disiarkan di laman Instagram stesen radio yang terlibat.

BACA  Samsung mahu ubah guna plastik kepada bahan lebih mesra alam

Yang Terpantas Akan Menang

Orang terpantas yang berjaya mengumpulkan 4 kad huruf ini dan pergi ke Stor Huawei Experience di pusat membeli-belah tersebut, akan pulang bersama telefon pintar Huawei Nova 4 serba baru.

Nova 4 ialah telefon pintar pertama dilancarkan Huawei untuk tahun 2019. Tarikan utamanya ialah skrin nirbingkai berlubang yang pertama kali digunakan oleh Huawei di peranti keluarannya. Skrin ini berukuran 6.4-inci HD Penuh+ (2310×1080), dengan bingkai sedikit tebal di dagu.

Walaupun ia model yang baru, Huawei masih menggunakan cip Kirin 970 pada Nova 4, bukannya cip terbaru Kirin 980 seperti yang terdapat di Mate 20. Bagaimanapun, RAM-nya ditambah besar ke 8GB dengan storan dalaman kekal 128GB.

Bagi kamera, Nova 4 kini dilengkapi tiga lensa kamera belakang, dan satu lensa kamera hadapan. Tiga lensa belakang ialah gabungan lensa utama 20MP, lensa ultra lebar 16MP dan lensa pengesan kedalaman 2MP F2.4. Bagi kamera hadapan, ia dipasang lensa 25MP yang terletak di dalam lubang di sudut atas skrin. Di China, Nova 4 dilancarkan dengan satu lagi versi berkamera utama 48MP.

Kuasa Nova 4 disumbang oleh bateri 3,750mAh yang dicas menggunakan pengecas pantas 9V2A, melalui port USB-C. Ia turut memiliki pengimbas capjari yang terletak di belakang, dan masih mengekalkan jek audio 3.5mm untuk sambungan fon kepala berwayar.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Huawei Nova 4 dan Facebook Huawei Mobile.