fbpx

SIRIM lulus kedatangan Mi 9, Redmi Note 7 dan Redmi Go

Xiaomi akan melancarkan Mi 9 di Barcelona hari ini, membukanya untuk pasaran di luar China. Malaysia dilihat semakin pasti akan menjualnya, memandangkan ia telah menerima kelulusan dari SIRIM untuk digunakan di Malaysia.

Menariknya, bukan Mi 9 sahaja. Kami turut menemui dua lagi peranti yang pastinya menarik minat ramai di dalam kelulusan SIRIM ini. Iaitu Redmi Note 7 dan Redmi Go.

Mi 9 menggunakan nombor model M1902F1G, manakala Redmi Note 7 dengan nombor model M1901F7G dan Redmi Go pula M1903C3GG. Mi 9 dan Redmi Note7 baru sahaja diluluskan SIRIM beberapa hari lepas, tetapi Redmi Go sebenarnya sudah mendapat kebenaran lebih sebulan dahulu.

Dalam senarai SIRIM ini, Mi 9 dan Redmi Note7 diluluskan dengan rangkaian LTE Band 5 (850MHz). Walaupun kebanyakan syarikat telekomunikasi Malaysia menggunakan jalur 1800MHz, 2100MHz dan 2600MHz, frekuensi 850MHz masih diperlukan bagi rangkaian 4G Unifi Mobile.

Mi 9

Peranti flagship Xiaomi, Mi 9 dikuaskaan cip Snapdragon 855 terbaru, dengan RAM antara 6GB dan 8GB serta storan 128GB dari jenis UFS2.1. Baterinya sebesar 3,300mAh dan menyokong pengecasan pantas 27W menerusi USB-C, serta pengecasan wayarles 20W.

Skrin Mi 9 seluas 6.39-inci HD Penuh, menggunakan paparan AMOLED dengan takuk kecil titisan air. Kamera di Mi 9 kini dilengkapi tiga lensa di belakang. Gabungan lensa utama 48MP F1.75, lensa telofo 12MP F2.2 dan lensa sudut ultra lebar 16MP F2.2. Kamera hadapannya pula 20MP.

Redmi Note 7

Raja kelas pertengahan, Redmi Note kini dengan generasi ke-7, memiliki skrin 6.3-inci HD Penuh juga dengan takuk kecil. Ia dikuasakan cip Snapdragon 660 dengan pilihan RAM sehingga 6GB dan storan sehingga 64GB.

Kamera hadapannya 13MP digandingkan dengan dwi-lensa kamera belakang, 48MP F.175 dan 5MP. Ia memiliki bateri besar 4,000mAh dan menyokong pengecasan pantas Quick Charge 4.0 melalui USB-C.

BACA  MIUI Beta Tak Lagi Ditawarkan Kepada Pengguna Selepas 1 Julai 2019

Redmi Go

Redmi Go pula ialah satu peranti super mampu milik, dengan harga dijangka sekitar RM300 sahaja. Ia menggunakan sistem operasi Android Go, versi ringkas Android 8.0 Oreo yang memastikan ia berjalan lancar dengan spesifikasi rendah.

Redmi Go dikuasakan cip Snapdragon 425, RAM 1GB, storan dalaman 8GB, skrin 5-inci HD, serta kamera hadan 5MP dan kamera belakang 8MP. Baterinya sebesar 3,000mAh.

Tiga telefon baru Xiaomi sudah mendapat lampu hijau digunakan di Malaysia. Yang mana satu paling anda mahu mula dijual terlebih dahulu?

Terima kasih @KevinNgTK atas petunjuk yang dikongsi.

[Sumber: SoyaCincau]